Wednesday, February 1, 2012

Menghayati Peristiwa Kelahiran Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam

Posted by UPP DPMZ On 4:44 PM No comments



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t…

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Agung yang memiliki seluruh Alam. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, di atas segala nikmat yang telah dianugerahkanNya kepada kita semua. Semoga dengan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan, dapat kita tingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.


Selawat dan salam juga buat junjungan besar kita, Rasulullah SAW, kaum keluarga dan sahabat-sahabat baginda serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sehingga hari kiamat.
    
            Maulid Nabi Muhammad s.a.w bergema lagi yang mana pada bulan Rabi’ul Awal adalah detik-detik bersejarah yang paling penting yang perlu diingati oleh seluruh umat Islam di dunia ini kerana bulan tersebut merupakan bulan kelahiran jungjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Tanggal 12 Rabi’ul Awwal iaitu pada tahun Gajah dan hari Isnin adalah tarikh dimana Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan.

Berkata Ibnu Ishak : “Rasulullah dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun Gajah”.
    
            Terdapat berbagai pendapat mengenai kelahiran baginda SAW. Ada yang mengatakan 2 Rabi’ul Awwal, 8 Rabi’ul Awal, 10 Rabi’ul Awal dan 12 Rabi’ul Awal, namun pendapat yang paling masyhur dan tepat adalah pada 12 Rabi’ul Awal. Bilamana Nabi Muhammad SAW dilahirkan, disaat itulah bermulanya detik-detik bersejarah dalam Islam iaitu detik-detik bermulanya  kebangkitan agama Islam.

            Sahabat sahabiah sekalin, meraikan maulid Nabi Muhammad sebenarnya adalah untuk kita memperingati baginda Rasulullah SAW dan juga untuk menaikkan semangat kita dalam berjuang dijalan Allah. Memperingati sirah perjuangan baginda Rasulullah SAW yang berjihad demi mempertahankan kalimah Allah dimuka bumi ini merupakan satu perkara yang cukup bermanfaat bilamana kita sendiri mempraktikkan apa yang telah baginda lakukan. Baginda tidak pernah mengalah dan berputus asa dalam berjuang demi melihat syariat Allah tertegak dimuka bumi milikNya serta memastikan umatnya hidup dalam keredhaan Allah SWT.
    
Ketahuilah sahabat sahabiah, ketika mana baginda hampir wafat, tiada perkara lain yang baginda SAW ucapkan melainkan “ummati..ummati..ummati” iaitu umatku..umatku..umatku.. Begitulah sayang dan cintanya Rasulullah s.a.w kepada kita sebagai umatnya. Baginda SAW tidak sanggup melihat umatnya hidup dalam kesesatan.

            Sempena bulan kelahiran baginda s.a.w ini, marilah kita singkap kembali sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w dan contohilah sikap dan akhlak yang dimiliki Rasulullah SAW. Firman Allah SWT didalam surah Al-Qalam, ayat 4 :

وانك لعلى خلق عظيم

Maksudnya : “Sesungguhnya engkau (Muhammad SAW) berada diatas akhlak yang sangat agung”

Akhirnya, Rabi’ul Awal yang telah datang ini cubalah kita jadikan satu peluang permulaan bagi yang belum mula untuk kita dalami sirah perjuangan baginda serta menghidupkan sunnah-sunnah baginda. Semoga dengan kita sentiasa berselawat dan memahami sirah perjuangan Rasulullah membantu kita menghadapi detik-detik yang amat menggerunkan di padang mahsyar kelak kerana antara salah satu perkara yang dapat member syafaat kepada kita kelak adalah memperingati baginda Rasulullah SAW dan banyakkan selawat ke atas baginda.

Wallahu’alam...

Mohd Shobri Bin Mat Yaakub.
Bendahari,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2011/2012


0 comments:

Sahabat