Wednesday, February 1, 2012

Kalam Pembukaan Muzakarah Berkelompok

Posted by UPP DPMZ On 2:31 PM No comments



Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Institusi Muzakarah Berkelompok yang telah dibina bagi membentuk peribadi muslim yang cemerlang telah menjadi tunjang belakang PMRAM. PMRAM yang diasaskan pada 1930 hasil daripada kesedaran masyarakat Melayu di bumi Mesir terhadap kepentingan berpersatuan, telah mula membentuk konsep ini.


Konsep perkaderan pelapis yang sudah mula wujud sekitar permulaan kewujudan PMRAM, antaranya perkaderan yang dilakukan oleh para ulama. Antaranya, Syeikh Jamaluddin al Afghani telah melahirkan Syeikh Muhammad Abduh yang dipilih sebagai Syeikhul Azhar pada awal kurun ke 19. Syeikh Muhammad Abduh juga turut melahirkan pelapisnya, Syeikh Rashid Redha yang terkenal dengan pembaharuan fikrah Islam.

Dalam pada itu, dakwah yang telah dicetuskan oleh Syeikh Ahmad Fathani bin Mohd Zain al Fathani pada  1873 dengan menubuhkan Jam'iyyah Fathaniyah di Mekah. Pembawaan beliau ini diaplikasikan pula oleh anak muridnya di Riau, lalu mereka membentuk Jam'iyyah Khairiyyah pada 1900.

Jam'iyyah Khairiyyah yang menjadi pembuka pintu kepada penubuhan Sarekat Islam (1909) ini telah membuka cawangannya di Mesir, yang diberi nama Jam'iyyah Khairiyyah Fi Thalabah al Azhariah (atau Thalabah al Jawiyah) pada 1923.

Keperluan untuk membina kesatuan inilah menjadi aspirasi kepada penubuhan Jam'iyyah Malayuwiyah Bi Jumhuriatil Misral Arabiah (PMRAM) pada 1930, apabila melihat keperluan menyatukan anak anak Melayu di bumi Mesir ini, yang mana PMRAM ketika itu dikenali sebagai Persekutuan Putera putera Semenanjung (PPS).

Justeru, kesinambungan sejarah PMRAM ini perlu diteruskan dengan memperkasakan institusi Muzakarah Berkelompok yang telah dipertanggungjawabkan di bawah bidang tugas Jabatan Fasilitator PMRAM.

Saya Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil dengan ini mengumumkan tarikh pembukaan Muzakarah Berkelompok secara ilmi peringkat PMRAM, setelah berlalu musim peperiksaan.

Tarikh bermulanya Muzakarah Berkelompok tersebut pada 3 Februari 2012. Diharap kepada semua ahli PMRAM dapat menjayakan institusi ini. Sekian

Muhammad Mujahid Bin Ir Mohammad Fadzil
Ketua Jabatan Nuqaba’
Persekutuan Melayu Republik Mesir 2011

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat