Sunday, July 15, 2012

Ukhuwah PMRAM Cawangan Zon C Terbukti Di Taakhi Games '12

Posted by UPP DPMZ On 4:56 PM No comments



Kaherah, 14 Julai - Sebuah program yang dinamakan Taakhi Games ‘12 telah diadakan buat julung- julung kalinya.kejohanan ini yang melibatkan taakhi PMRAM cawangan zon C iaitu PMRAM cawangan Perak, Johor, Perlis, Zagazig dan Damanhur. Program  ini sekaligus telah menjayakan salah satu daripada tiga usul muktamar PMRAM yang lepas iaitu memperkasakan slogan “Kita PMRAM”.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu telah diadakan di 2 tempat berasingan iaitu bagi peringkat ikhwah bertempat di Mukhaiyam Daim, Hayyu Sadis dan bagi peringkat akhawat pula di Wisma Darul Ridzuan A. Dengan berkonsep hari keluarga, pelbagai acara yang menarik telah diadakan. Antaranya adalah futsal berkain pelikat, bola beracun, tarik tali, sketsa berabjad, chess, scrable, pingpong, congkak, lost of draw dan lain-lain lagi.


Setiap peserta daripada setiap cawangan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap peserta yang hadir telah memberikan komitmen yang baik dan mengambil bahagian dalam setiap acara yang diadakan. Pelbagai aksi menarik dan mencuit hati dapat disaksikan sepanjang program tersebut berlangsung.

Majlis perasmian penutup Taakhi Games ‘12 telah disempurnakan oleh saudara Norhalis Syafiq Bin Ahmad selaku Setiausaha Agung PMRAM 2012 manakala bagi akhawat pula telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2012, saudari Nurul Hasanah binti Yahuza. 


Dalam ucapan perasmian penutup program tersebut saudara Norhalis Syafiq Bin Ahmad telah menegaskan tentang sensitiviti akan isu yang berlaku kepada kesatuan mahasiswa di bumi Mesir ini.

Majlis juga telah diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al-Muhazzirun daripada BKAN Perak. Majlis berakhir pada jam 5.30 petang dan disusuli dengan solat Asar dan jamuan makan.


Sumber : kpipm.blogspot



0 comments:

Sahabat