Sunday, July 15, 2012

KUTIP '12 OPERASI PEMBERSIHAN MENCAPAI HADAF.

Posted by UPP DPMZ On 5:04 PM No comments


ZAGAZIG, 15 Julai 2012- Operasi pembersihan kawasan yang dijalankan serentak di setiap cawangan PMRAM DPM & BKAN berlangsung dengan jayanya terutama sekali di muhafazah Syarqiah iaitu DPMZ. Misi pembersihan kawasan atau singkatannya "KUTIP '12" peringkat DPMZ mencapai hadaf seperti yang diharapkan.

Misi bermula sekitar jam 6 a.m dan berakhir pada jam 8 a.m. Lokasi permbersihan kawasan dibahagikan kepada dua iaitu siswa di lorong utama Salam Saidnawi iaitu penempatan utama pelajar Malaysia, Manakala diperingkat siswi pula di sekitar Dewan Darul Wehdah yang merupakan dewan rasmi bagi DPMZ.

Matlamat utama operasi pembersihan kawasan ini adalah untuk membantu menjayakan salah satu manifesto Presiden Mesir, DR. Muhammad Mursi iaitu kebersihan alam sekitar. Program yang berlangsung serentak ini mendapat respon yang baik dari ahli serta warga tempatan sendiri meskipun pada awalnya pelbagai reaksi daripada warga tempatan kerana hal seumpama ini merupakan julung kalinya berlaku.

DPMZ mengucapkan tahniah kepada pihak PMRAM kerana berjaya menggerakkan ahli diseluruh cawangan bagi bersama-sama menjayakan salah satu manifesto Presiden Mesir demi kebaikan rayat mesir dan seluruh warga malaysia di perlembahan nil ini.

Program seperti ini dapat membuka mata rakyat tempatan dan juga mahasiswa yang menuntut di mesir supaya terus menjaga kebersihan alam sekitar demi kebaikan semua kerana islam sendiri amat menitikberatkan soal kebersihan diri dan alam sekitar.



                                                              

0 comments:

Sahabat