Wednesday, July 18, 2012

Jangan Cabuli Hak Mahasiswa - BKPJM

Posted by UPP DPMZ On 3:01 AM No comments



KAHERAH, 17 Julai 2012 - PMRAM telah menerima dua aduan berkaitan hak mahasiswa melalui Borang Aduan Hak Mahasiswa berkaitan isu campak borang  dan arahan mengosongkan pejabat rasmi BKPJM kelmarin. 

Berkenaan isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku kepada saudara Muhammad Yassarudin bin Shamsul dan Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir(BKPJM) ini ,pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan pejabat HEP Anak Johor Mesir adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa.

Borang Aduan Hak Mahasiswa telah diserahkan oleh saudara Muhammad Yazid bin Hanzir selaku YDP BKPJM 2011/2012 dan saudara Muhammad Yassarudin bin Samsul di pejabat PMRAM pada jam 8 malam melalui Naib Presiden III, Saudara Ahmad Huzaifah Bin Fauzi, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2012.

Berkaitan Isu campak borang, saudara Yassaruddin menjelaskan bahawa beliau telah menyerahkan borang permohonan menghuni Asrama Pelajar Johor (APJ) pada 1 Julai 2012. 

Pada 3 Julai 2012,  saudara Yassaruddin bersama YDP dan salah seorang penasihat BKPJM saudara Miftahul Ulum telah bertemu dengan pengurus Asrama Pelajar Johor Mesir, Tuan Hj Maulan Asmoni bagi mendapat penjelasan berkenaan isu tersebut. Namun malang tak diduga apabila mereka dihalau dari pejabat Pegawai Pengurus Asrama Rumah Johor.

Pada hari yang sama, pihak pengurusan rumah Johor telah mengeluarkan surat arahan supaya Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) mengosongkan Pejabat Rasmi BKPJM dengan alasan penambahan staf HEP.

Badan kebajikan pelajar Johor Mesir (BKPJM) diberi tempoh sehingga 15 julai 2012 untuk mengosongkan pejabat tersebut. Pihak BKPJM telah menjawab balas surat tersebut dengan bertegas bahawa mereka tidak akan keluar daripada pejabat tersebut. Dan pada 12 Julai 2012, sekali lagi BKPJM menerima surat daripada pihak pengurusan asrama  yang bertarikh 10 julai 2012 mengatakan bahawa arahan tersebut adalah muktamad.

"PMRAM akan mengkaji isu ini melalui laporan yang telah diserahkan dan akan menyusun tindakan susulan mengikut situasi dan keadaan. PMRAM menegaskan sekali lagi bahawa isu ini juga berkait dengan salah satu usul PMRAM yang telah disepakati dalam Muktamar Sanawi PMRAM kali-79, 'Memperkasakan Slogan KITA PMRAM' dengan beberapa tindakan, antaranya mempertahankan hak mahasiswa", ujar Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi selaku Naib Presiden III PMRAM 2012.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat