Wednesday, July 1, 2009

Program Daurah Kitab & Majlis Berbuka Puasa Berjalan Dengan Lancar

Posted by UPP DPMZ On 7:07 PM No comments


Daurah kitab telah diadakan di Dewan Dar Salam pada hari Rabu, 24 jun 2009 bersamaan 1 Rejab 1430H. Pengisi bagi majlis ini ialah Ustaz Syafiq Elias yang merupakan graduan Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kaherah. Majlis bermula pada jam 10 pagi dengan pembentangan kitab “Ghiza Ruh al-insan fi mudawamatuhu a`la tilawatul quran” yang berkisar mengenai adab mempelajari Al-Quran, kepentingan beradab dengannnya serta perkara menarik mengenainya.

Pembentangan kitab ini juga telah menyedarkan para peserta mengenai kemuliaan Al-Quran yang diturunkan Allah kepada kita dan kewajipan untuk menjaganya. Majlis diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja “Teknik Pembelajaran Bestari Subjek Adab Dan Nusus” pada jam 2.30 petang.

Pembentangan kertas kerja ini telah berjaya memberi pendedahan khususnya kepada mahasiswa Pengajian Islam mengenai teknik yang berkesan dalam pembelajaran subjek Adab dan Nusus. Seterusnya, pada jam 7.30 petang telah diadakan pula pembentangan kitab “Al-Azan” .Pembentangan ini telah memberikan peserta kaedah terbaik bagi muazin untuk mengalunkan azan dengan sempurna dan teratur.

Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa sempena menyambut kedatangan bulan Rejab yang mulia. DPMZ berharap para ahli yang menyertai majlis ini mendapat manfaat dan dapat memberikan natijah yang terbaik melalui penyertaan di dalam majlis ini.

0 comments:

Sahabat