Wednesday, July 1, 2009

Jaulah AJKT Dalam Suasana Penuh Ukhwah

Posted by UPP DPMZ On 6:51 PM No comments



Sedetik Bersama Seabad Terasa

“Demi masa, Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecualilah yang beriman dan berbuat kebaikan dan sentiasa menasihati dengan kebenaran dan sentiasa menasihati dengan kesabaran”

Tanggal 20, 21, dan 22 jun 09, seluruh kepimpinan AJKT Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) bersama Badan Penasihat DPMZ telah bersama-sama turun ke rumah ahli bagi menjayakan Jaulah Rasmi AJKT bagi sesi 08/09 dengan tujuan utama bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama ahli dan pimpinan dan mengetahui dengan lebih dekat lagi masalah yang dihadapi oleh ahli DPMZ di samping muhasabah sepanjang sesi pentadbiran ini.

Jaulah ini juga bertujuan menyampaikan program terkini DPMZ sebelum menjelangnya ambang Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang dijadualkan pada 2 Ogos 09. Jaulah rasmi ini tertumpu kepada rumah pelajar Al-Azhar yang telah selesai menjalani imtihan dan rumah pelajar perubatan yang masih belum menjalani imtihan.

Pelbagai muhasabah, cadangan dan masalah diterima daripada ahli dan akan diselesaikan dan diambil perhatian oleh pihak DPMZ secepat yang mungkin. Pemantapan dari segi thaqafah, tarbiah, ukhuwah dan ekonomi akan terus diperkasakan dari masa ke semasa dan DPMZ mengharapakan kerjasama yang penuh daripada semua ahli DPMZ bagi kita sama-sama menjayakannya. Pengerusi DPMZ, Ust Faizzudin mengingatkan agar semua ahli terus memberi komitmen yang padu kepada DPMZ selagi mana DPMZ berteraskan kepada Al-Quran dan Sunnah dan agar semua menjalinkan ukhuwah yang erat bagi mengukuhkan perpaduan antara kita semua.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah menerima kedatangan AJKT DPMZ dengan tangan terbuka dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang jaulah rasmi ini. Mohon kemaafan kepada ahli rumah yang tidak sempat diziarahi kerana faktor masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, Insya’allah pihak DPMZ akan mengaturkan hari yang sesuai untuk menziarahi rumah yang belum dikunjungi. Semoga ikatan silaturrahim yang dijalinkan ini akan terus berkekalan dan semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan hidayah dari Allah Taala.

0 comments:

Sahabat