Wednesday, December 26, 2012

Soal Jawab Fiqh Perubatan bersama Ust Akli Ahmad b. Mat Saman

Posted by UPP DPMZ On 9:14 AM No comments



ZAGAZIG, 8 Disember 2012 - Bersempena dengan penangguhan sementara Madrasah Imam Syafi’e cawangan Zagazig, Unit Pengetahuan dan Pendidikan telah menganjurkan suatu program berkisar tentang pembentangan kertas kerja Sunnah dan Kesihatan juga digandingkan dengan sesi Soal jawab Fiqh Perubatan. Ceramah disampaikan oleh ustaz Akli Ahmad Mat Saman yang dijemput khas dari Iskandariah bagi membentangkan tajuk ceramah pada hari itu.

Program yang diadakan ini bertempat di Masjid Salam dengan dimeriahkan lagi dengan kehadiran para pendengar yang hampir memenuhi ruangan masjid. Majlis bermula pada pukul 7.15 malam dengan dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Alif bin Ahmad Mahir. Program khas ini diadakan sebagai penangguhan kepada Madrasah Imam syafie yang diadakan setiap minggu pada sebelum ini. Penangguhan sementara ini adalah untuk memberi laluan kepada para mahasiswa pengajian agama Islam dan pengajian perubatan membuat persiapan menghadapi peperiksaan pertengahan sesi pada Disember dan Januari.

Antara topik yang menjadi bahan pembentangan pada malam itu adalah jenis kesihatan dalam islam yang terbahagi kepada kesihatan pencegahan, perawatan, pemakanan dan sebagainya. Selepas sesi pembentangan yang memakan masa hampir 2 jam, program diteruskan lagi dengan sesi soal jawab berkenaan fiqh perubatan. Sebelum program berakhir, penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada Ustaz Akli oleh pengerusi DPMZ Ustaz Mohd Shobri bin Mat Yaakub.

Sambutan yang menggalakkan dapat dilihat dari segi kehadiran mahasiswa mahasiswi bumi Zagazig ini yang memenuhi ruang masjid tidak kira di bahagian ikhwah mahupun akhawat. Sesi soal jawab juga memdapat respon yang cukup menggalakkan dari mahasiswa, menunjukkan bahawa persoalan mengenai fiqah perubatan antara permasalahan yang bukannya kecil untuk dianggap ringan terutamanya oleh mahasiswa perubatan sendiri. Majlis pada malam itu berakhir pada pukul 9.50 malam.

Disediakan

 Unit Pengetahuan Dan Pendidikan,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2012/2013

0 comments:

Sahabat