Monday, September 19, 2011

Kerjasama Antara PMRAM Dan UTHM

Posted by UPP DPMZ On 7:37 AM No comments



KAHERAH, 18 Sept - Peserta Program Mobiliti Universiti Tun Hussin Onn Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah Mesir sekitar jam 2.00 petang semalam dengan disambut oleh beberapa orang wakil daripada Badan Pengurus PMRAM dan HEWI PMRAM.
Antara Badan Pengurus yang menyambut delegasi ini Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri selaku Ketua Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali Timbalan Presiden PMRAM dan Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi, wakil daripada HEWI PMRAM Saudari Juhaida bin Abdul Hamid merangkap Ketua Unit Sambutan dan Rehlah HEWI PMRAM dan Saudari Nurul Arifah binti Helmi Ketua Unit Kebudayaan, Kesenian dan Kemasyarakatan HEWI PMRAM 2011 juga turut serta .

Ketua Delegasi Program Mobiliti Pelajar Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ialah Prof.Dr Sabri bin Ismail yang juga merupakan graduan Al-Azhar sekitar tahun 1997.

Seramai 15 orang peserta yang mengikuti program ini terdiri daripada Dekan Universiti, Pegawai-pegawai universiti dan guru-guru besar biarpun daripada pelbagai latar belakang .

Tujuan utama kedatangan rombongan ini bagi membuat penyelidikan mengenai sistem pendidikan di Mesir daripada pelbagai aspek samada bentuk fasiliti dan kualiti taraf pendidikan Mesir.

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat