Monday, September 20, 2010

Hepatitis A : Lebih Dari 6 Kes Diterima

Posted by UPP DPMZ On 4:38 AM No comments

KAHERAH, 18 September - PMRAM menerusi Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan hari ini menasihati seluruh mahasiswa supaya senantiasa menjaga pemakanan terutama di musim awal perkuliahan ini.

Berdasarkan laporan  yang diterima sepanjang Ramadhan dan Syawal ini, terdapat lebih dari 6 kes masalah kesihatan yang diterima dari ahli.



Semuanya berkaitan dengan masalah pemakanan yang menyebabkan jangkitan Hepatitis A atau lebih dikenali dengan isitilah demam kuning.
Penyakit ini kerap menyerang pesakit menerusi pemakanan yang tercemar atau kurang bersih.

Sehubungan dengan itu, PMRAM menyarankan agar seluruh mahasiswa sentiasa berhati-hati dalam memilih pemakanan dan premis jualan makanan agar ianya benar-benar terjamin kebersihannya.

Tambahan pula, kekerapan mengambil makanan yang dijual di tepi jalan memungkinkan untuk mendapat penyakit. Ini berdasarkan statistik kes yang diterima sepanjang tahun mengenai masalah pemakanan.

Dalam konteks kesedaran dan tanggungjawab pula, PMRAM menyarankan agar mahasiswa sentiasa peka terhadap kesihatan diri dan sahabat mereka. Seandainya terdapat simptom-simptom jangkitan berlaku, perlulah segera mendapatkan rawatan di Hospital atau klinik bagi mengatasi masalah tersebut.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM Saudara Mohd Farkhan B Md Zain ketika ditemui mengulas bahawa perlu ada sifat ukhuwah Islamiah dikalangan mahasiswa.

Sentiasa peka dengan masalah kesihatan sahabat lain supaya ukhuwah fillah itu dapat disemai dalam kehidupan seorang mahasiswa.

Perlu disedari bahawa kesihatan tubuh badan kita mempengaruhi gerak kerja kita sebagai ahli gerakan mahasiswa Islam.

Oleh itu, kesihatan kita merupakan sumbangan besar bagi menggerakkan kerja Islam. Bagi peringkat PMRAM Pusat, kita sentiasa komited untuk terus berusaha menjaga kebajikan seluruh mahasiswa selagi ada kemampun hasil kerjasama dari semua peringkat cawangan. Laporan dan makluman perlu disampaikan segera bagi menjalankan tindakan segera.


Sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat