Friday, November 1, 2013

DPMZ Mementingkan Thaqafah Ahli

Posted by UPP DPMZ On 7:37 PM No comments




ZAGAZIG, 29 Oktober 2013 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah membuka semula pengajian 'Madrasah Imam Syafie cawangan Zagazig' setelah beberapa bulan ditawaqufkan (ditangguhkan seketika). Ini bertepatan tema PMRAM 'Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan' dan ini juga membuktikan DPMZ ambil perhatian tentang kebajikan thaqafah ahli.

 

Madrasah Imam Syafie kali ini menampilkan tenaga pengajar baru iaitu Ustaz Muhammad Akramin bin Mohd Ishak bagi menggantikan Ustaz Zuhaili bin Zanal Ali yang telah pulang ke Tanah Air. Ustaz Akramin meneruskan pengajian dalam Sirah Nabawiah dari kitab Fiqh Sirah. Manakala pengajian Fiqh Ibadah Mazhab Syafie dari kitab Fathul Qarib tetap menampil tenaga pengajar yang tidak asing di Bumi Kuda Putih iaitu Ustaz Solihuddin din Mohd Jahar.
 

Kehadiran yang sangat menggalakkan ketika sesi pembukaan semula Madrasah Imam Syafie (MIS) ini amatlah dihargai. Insya Allah, majlis pengajian ini akan berlansung setiap minggu. Fiqh Ibadah akan diadakan pada setiap Ahad, manakala Fiqh Sirah akan diadakan setiap Selasa. Waktu bermula majlis pengajian MIS adalah sejurus selepas Solat Isya berjemaah di Zagazig Malaysian Students Hall.

0 comments:

Sahabat