Monday, November 11, 2013

Melahirkan Generasi Ulamak di kalangan Azhari

Posted by UPP DPMZ On 7:28 PM No comments



ZAGAZIG, 6 Oktober 2013 - Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah mengadakan satu majlis bagi meraikan graduan-graduan Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig dan cawangan Tafhana Ashraf yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Seramai 16 orang graduan yang diraikan dan terdiri daripada  fakulti Usuluddin dan Dakwah, Bahasa Arab dan Syariah Islamiyah.


Antara objektif utama program tersebut dianjurkan adalah sebagai satu inisiatif untuk meraikan mahasiswa tahun akhir yang telah tamat sesi pengajian pada tahun ini. Maka pihak DPMZ menganjurkan program Majlis Kesyukuran Graduan Al-Azhar 2013 untuk meraikan kejayaan mereka sebelum pulang ke tanah air dan memberi semangat kepada mahasiswa/wi Malaysia yang masih meneruskan pengajian di sini untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.


Majlis dimulakan dengan gotong royong memasak juadah di sebelah petang dan diteruskan solat maghrib berjemaah. Kemudian diadakan bacaan yassin, tahlil dan doa. Kehadiran dianggarkan seramai 200 orang bagi memeriahkan majlis kesyukuran ini.


Setelah menunaikan solat isyak berjemaah, majlis diteruskan dengan ucapan dan nasihat daripada graduan-graduan Al-Azhar. Kemudian ucapan tahniah dan nasihat oleh saudara Muhamad Nasuha Bin Mohd Zakariah, Pengerusi DPMZ 2013/2014 dan diakhiri ucapan penutupan majlis oleh saudara Muhammad Mu'aaz Bin Ramli selaku wakil Badan Pengurus PMRAM dan merupakan BP Angkat bagi DPMZ.

Sebelum majlis berakhir,tetamu yang hadir dijamu dengan juadah yang disediakan. Terima kasih diucapakan kepada semua yang menjayakan majlis tersebut. Pihak DPMZ  juga mengucapkan tahniah kepada semua graduan. Semoga kalian memberi khidmat dan bakti kepada Islam seluruhnya tatkala sampai di tanah air kelak.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

0 comments:

Sahabat