Wednesday, October 9, 2013

Penyampaian Minhah Al-Azhar Sempena Aidil Adha 1434H

Posted by UPP DPMZ On 1:17 AM No comments



ZAGAZIG, 8 Oktober 2013 - Pihak Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig telah menyampaikan sumbangan minhah (zakat) berbentuk wang dan bungkusan daging kepada warga wafidin dan warga tempatan (arab Mesir) di kalangan fakir miskin semperna menyambut hari raya Aidil Adha 1434H yang akan tiba tidak lama lagi.

Penyampaian sumbangan minhah tersebut diadakan seusai solat Zuhur berjemaah di Masjid Universiti Al-Azhar Zagazig. Seramai 18 orang mahasiswa Malaysia telah menerima sumbangan tersebut dan warga wafidin yang lain seperti mahasiswa Indonesia, Thailand dan Afrika (Juzu Qamar).


Seekor lembu selamat disembelih dan daging lembu ini diagih
kepada warga wafidin dan warga tempatan.

Ucapan terima kasih di atas pemberian sumbangan minhah itu yang dapat meringankan beban kami di sini dan semoga dengan adanya sumbangan seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara warga wafidin dengan pihak Universiti Al-Azhar.

“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

0 comments:

Sahabat