Thursday, September 16, 2010

Kemeriahan Syawal Sama Dirai Di SHARAFAN 10..

Posted by UPP DPMZ On 5:20 PM No comments




DEWAN DARUL WEHDAH, AHAD, 12 SEPTEMBER: Alhamdulillah Sambutan Hari Raya Dan Haflah Najihin peringkat DPMZ (SHARAFAN 10) telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil Badan Pengurus PMRAM yang hadir iaitu Al-Fadhil Us Muhd Taufiq Dahlan dan Al-Fadhil Us Muhammad Alhidayat bin Khalid.

Selepas ucapan alu-aluan dan ucapan perasmian, majlis dimulai dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari saudara Muhd Muhsin B. Abdullah. Selepas itu, majlis diserikan dengan beberapa persembahan dari ahli seperti Burdah, Spontan, pendeklamasian sajak, nasyid dari kumpulan In-saff serta persembahan pentomen dari barisan AJKT DPMZ. Sepanjang persembahan para hadirin dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih raya.

Setelah tamat persembahan, majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan dan sijil yang dimulai dengan upacara memotong kek oleh Al-Fadhil Us Muhd Taufiq Dahlan bersama Timbalan Pengerusi DPMZ, Al-Fadhil Us Zuhaili bin Zanal Ali dan pengarah Program SHARAFAN 10, Al-Fadhil Us Solihuddin Mohd Jahar.

Selesai majlis penyampaian anugerah tersebut, para hadirin dijamu dengan pelbagai juadah hari raya yang tidak asing lagi  bagi kita seperti rendang, nasi himpit dan macam-macam lagi. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi DPM Damanhur (DPMDM), Us Abdul Mukmin bin Ilyas serta beberapa orang AJKT DPMDM.  DPMZ mengalu-alukan kedatangan tetamu yang merupakan sebahagian taakhi bagi DPMZ.

Semoga majlis ini dapat mengukuhkan lagi tautan ukhuwwah antara kita. Dan dalam bergembira di hari yang bahagia ini marilah sama-sama kita merebut ganjaran puasa setahun yang dijanjikan oleh Alllah dengan melengkapkan ibadah puasa Ramadhan kita dengan berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal.







































0 comments:

Sahabat