Alhamdulillah setelah selesai sebulan kita mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh barakah, kini telah tiba hari kemenangan yang telah dijanjikan kepada kita iaitu Aidilfitri Al-Mubarak. Suasana pagi raya di Zagazig pastinya berbeza berbanding tempat-tempat lain terutamanya di tanah air kita.
Pagi raya dimulakan dengan solat aidilfitri di Stadium Zagazig. Selesai solat di sana, sempat ahli-ahli bertemu, bermaaf-maafan, dan bergambar sesama mereka. Selesai di sana,ahli-ahli dihidangkan dengan juadah-juadah dari rumah-rumah terbuka yang dianjurkan beberapa ahli termasuk Us Mumtaz Harun. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih atas undangan dan kepada segelintir ahli yang masih ingin membuat rumah terbuka amatlah dialu-alukan. Sesungguhnya amalan kunjung-mengunjung amat dianjurkan Islam agar dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita.
Dalam keseronokan beraya, jangan sampai melanggar batasan yang dihadkan syara'. Semoga lebaran yang menjelang ini menjadi titik tolak kepada kita untuk menjadi hambaNya yang lebih beiman dan bertaqwa.
0 comments:
Post a Comment