Wednesday, September 8, 2010

Progam Penghayatan Ramadhan Melabuhkan Tirai

Posted by UPP DPMZ On 5:29 AM No comments







DEWAN DARUL WEHDAH, SELASA, 7 SEPTEMBER 2010: Alhamdulillah dgn limpah rahmat dan barakahNya Majlis Penutup bagi Program Penghayatan Ramadhan 1431 yang telah berjalan sepanjang Ramadan kali ini telah dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis ini bermula dengan iftor jama'ie selepas solat maghrib dan diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diketuai oleh Al-Fadhil Us Mohd Zainullah Mohd Pauzi.






Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengarah Program Penghayatan Ramadhan pada kali ini,Al-Fadhil Us Muhd Anas Kamaruddin dan dilengkapkan dengan ucapan Timbalan Pengerusi DPMZ sesi 2010/2011 Al-Fadhil Us Muhd Zuhaili Zainal Ali merangkap perasmi majlis penutupan tersebut. Beliau menyuarakan harapan dalam ucapannya agar dakwah dan tarbiah di kalangan ahli dapat diperkasakan lagi bagi memastikan bi'ah solehah di bumi Zaqaziq akam terus terpelihara.






Pengarah program menyampaikan cenderahati kepada perasmi

Semoga madrasah Ramadhan yang bakal berlalu ini berjaya mendidik kita untuk menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa dan diharapkan agar segala ibadah yang kita lakukan dalam bulan ini dapat diteruskan dan ditingkatkan pada bulan-bulan yang mendatang. Jangan biarkan kita menjadi 'hamba' bulan ramadhan yang hanya giat beribadah dalam bulan yang penuh barakah ini sebaliknya mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang sentiasa istiqamah dalam beribadat kepadaNya.

0 comments:

Sahabat