Monday, September 20, 2010

Apakah Itu Hepatitis A?

Posted by UPP DPMZ On 4:41 AM No comments





HEPATITIS ialah penyakit radang pada hati yang berpunca daripada jangkitan virus selain penyakit auto imun serta turut dikaitkan dengan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia adalah isu yang sentiasa relevan dalam dunia perubatan, apatah lagi ia membabitkan salah satu organ penting badan iaitu hati.
Penyebaran
Pengambilan makanan atau minuman yang dicemari
Kerang daripada air yang tercemar
 
 
Simptoms dan TandaTempoh 2-6 minggu
•    Jaundis – kekuningan pada putih mata dan kulit
•    Keletihan melampau
•    Loya
•    Muntah
•    Sakit perut
•    Air kencing berwarna gelap
•    Najis menjadi lebih cerah daripada biasa
•    Hati dan limpa pula akan membesar sedikit dan berasa sakit jika ditekan.

Pencegahan

•    Pengambilan makanan dan minuman yang bersih
•    Hepatitis A boleh ditangani dengan vaksin yang diperkenalkan sejak awal 1990-an. Biasanya, anda perlu mendapatkan vaksin hepatitis A jika mengembara ke negara dunia ketiga atau kawasan yang tidak memiliki sistem perparitan dan pencernaan yang baik

Rawatan

•    Walaupun hati radang dan bengkak, namun pada kebanyakan orang ia boleh sembuh dengan sendirinya dan anda dilindungi imuniti daripada hepatitis A
•    Nutrisi yang sempurna dan bersih
•    Elakkan makanan berlemak dan berminyak
•    Elakkan alkohol
•    Makanan yang sedikit tetapi kerap lebih digalakkan daripada makanan yang berat bagi membantu pesakit yang hilang selera makan
•    Berjumpa doktor jika tidak sembuh atau simptom semakin berlarutan


Sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat