Saturday, July 28, 2012

Al-Azhar Mesir Seru Bantu Dan Sokong Rakyat Muslim Myanmar

Posted by UPP DPMZ On 6:10 AM No comments



Al-Azhar Mesir menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk bersama menghentikan pembersihan etnik Muslim yang sedang berlaku di Myanmar (Burma).

Syeikh terkemuka Al-Azhar- Syeikh  Ahmad Al-Tayyib mengatakan dalam sebuah kenyataan bahawa Dunia Islam harus memberikan segala bentuk sokongan untuk Muslim Rohingya di negara yang majoriti Buddha itu,laporan  Al-masry Al-Yaum.

Syeikh Tayyib menekankan bahawa minoriti Muslim di Myanmar sedang menderita penindasan kolektif yang dilakukan oleh majoriti Buddhis.


"Pembunuhan rasis terjadi dalam skala besar terhadap Muslim di Burma, tetapi peristwa yang mengerikan ini telah diabaikan," ujar Syaikh Tayyib.

Syeikh juga menyeru kepada seluruh umat Islam untuk memberikan pertolongan, "Saudara-saudara kalian di Burma sedang memerlukan sokongan moral terhadap serangan ketidakadilan kaum majoriti itu, mereka juga memerlukan bantuan pertolongan."

Kekejaman terhadap Muslim di Burma telah meningkat sejak kebelakangan ini, puluhan ribu nyawa umat Islam telah terkorban akibat kebenginsan etnik Buddhis dan pasukan 'keselamatan' yang pro-Buddhis. Pemerintah Burma hingga kini membiarkan hal tersebut terus terjadi. Bahkan Presiden Burma berniat mengusir Muslim Rohingya dari negaranya jika ada negara ketiga yang mahu menerima mereka sebagai pelarian. Sementara umat Islam Myanmar yang berusaha melarikan diri ke negara-negara berdekatan, juga menghadapi ditolak oleh pihak berkuasa keselamatan kerana dianggap sebagai 'pendatang haram'.

Petikan : MisrAlyoum , Arrahmah

Sumber : map2care-pmram

0 comments:

Sahabat