Wednesday, December 26, 2012

Pelancaran '3S: Senyum , Salam dan Sapa'

Posted by UPP DPMZ On 9:08 AM No comments


Zagazig, 25 November 2012- Unit Biah Solehah DPMZ telah melancarkan kempen  '3S: Senyum , Salam dan Sapa telah dilaksanakan  di Masjid Salam. Pelancaran dilaksanakan selepas program  Ribat Taakhi Zon C (Bkan Perak, Bkan Perlis, Bkan Johor, Dpm Damanhur dan Dpm Zagazig).

Ia adalah satu langkah tambahan bagi menjayakan usul pertama MAT DPMZ yang lepas “Bersama membina komuniti dengan tindakan : Pemerkasaan hubungan seluruh mahasiswa/wi di bumi Zagazig dan meningkatkan penghayatan amal Islami”. Ketua Unit Biah Solehah DPMZ sesi kali ini, saudara Mohd Amirul Adli, berharap agar semua warga Zagazig dapat mempraktikkan 3 cara berkenaan agar suasana di Zagazig harmoni dan bahagia mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Pelancaran kempen '3S: Senyum,Salam dan Sapa' yang dirasmikan oleh BP PMRAM AF Ahmad Huzaifah dan turut disaksikan oleh warga zagazig dan juga warga di luar Zagazig yang hadir pada hari itu. Unit Biah Solehah berharap agar kempen ini memberi kesan kepada warga Malaysia khususnya di Zagazig dan mengamalkannya di dalam  kehidupan seharian.


 Disediakan
 
Unit Pengisian Biah Solehah 
DPMZ 2012 / 2013

0 comments:

Sahabat