Monday, August 2, 2010

Hari Pertama KEKAL 10 : Kontinjen Zagazig Mulakan Langkah Pertama

Posted by UPP DPMZ On 1:47 PM No comments


Tiba awal..... Kontinjen Zagazig gempur KEKAL 10 dengan semangat waja

DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 1 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig tiba seawal jam 8.15 pagi di Kompleks Rumah Negeri Hayyu Asyir untuk memulakan penyertaan dalam Karnival Kenangan 80 Tahun PMRAM 2010 (KEKAL 10).Kontinjen Zagazig antara kontinjen yang tiba awal di KEKAL 10 bersama-sama beberapa kontinjen lain seperti Kontinjen Kelantan.Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan beberapa acara seperti senam robik dan Sukaneka Rakyat.Hazri Sarman merupakan peserta Zagazig pertama menyertai Sukaneka Rakyat melalui acara Tuju Kon menggunakan bola sepak.Peserta Zagazig seterusnya iaitu Aiman Kamaluddin menyertai acara menimbang bola sepak.Peserta Zagazig yang ketiga ialah Alif Mahir yang menyertai acara Rebut Kerusi.


          Acara Sukaneka pula dijalankan pada jam 10 pagi dengan Zagazig menghantar peserta dalam kesemua acara yang dipertandingkan.Acara yang disertai ialah Mutiara Di Lautan, Twins (Lari Ikat Kaki Berpasangan), Timang Tinggi-Tinggi (Baling Belon Kepada Ahli Pasukan) dan Pak Belang Lapar (Makan Makanan Arab Berpasukan).Kontinjen Zagazig mempamerkan aksi hebat dalam setiap acara yang disertai terutamanya Twins dan Pak Belang Lapar.Kebanyakan acara tersebut dijalankan mengikut kiraan masa terpantas.Pemenang tidak diumumkan.Alhamduliilah, kesemua acara tersebut berjalan dalam suasana yang memupuk ukhuwwah sesama mahasiswa Mesir.

          Acara sukaneka bersambung pada jam 3 petang dengan acara Badang Perkasa (Gusti Lengan) yang disertai oleh Ketua Kontinjen, Dzulnawawi Munawer.Malangnya, beliau mengalami kecederaan menentang peserta Perak pada pusingan pertama apabila tangan kirinya patah ketika perlawanan berlangsung.Beliau kemudiannya dibawa ke hospital dengan menaiki sebuah kereta.Beberapa acara yang lain juga dijalankan seperti Bauan Harum (Meneka Bau Rempah), Dart Power (Melempar Dart), Sepak Raga Bulatan dan Kontraktor (Menimbang Bola Sepak).Di dalam acara Bola Beracun pula Zagazig diisytiharkan menang percuma apabila Kontinjen Perak menarik diri dari acara tersebut.

          Kontinjen Zagazig akan menyertai acara dewan yang dilangsungkan pada hari ini iaitu Debat Ala Parlimen, Tulisan Khat, Congkak, Siapa Saya, Video Promo dan Soalan Jawab Soalan.Kontinjen Zagazig juga akan membuat persembahan pentomen pada malam ini bersama Kontinjen Terengganu (Marhaban) dan Kedah (Silat).Semua ahli DPMZ dijemput hadir ke Kompleks Rumah Negeri, Hayyu Asyir bagi memeriahkan lagi KEKAL 10.

Ketibaan..... Kontinjen Zagazig bersedia mengharungi cabaran

Langkah kiri..... Skuad Timang Tinggi-Tinggi gagal pamer aksi menarik

Pantas..... Skuad Pak Belang Lapar antara pasukan terpantas meratah makanan Arab 

Telan..... Peserta Zagazig Umar Izzuddin sedang meratah makanan Arab

Berjaya..... Skuad Twins pamer aksi bertenaga


Langkah kanan.....Skuad Bola Beracun menang percuma

0 comments:

Sahabat