Monday, August 2, 2010

KEKAL 10 : Ketua Kontinjen Cedera

Posted by UPP DPMZ On 2:01 PM No comments

Patah..... aksi pergelutan yang menyebabkan tangan beliau cedera

DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 1 OGOS 2010 : Awan mendung menyelubungi Kontijen Zagazig apabila Ketua Kontinjen Zagazig, Dzulnawawi Munawer cedera apabila tangan kirinya patah dalam aksi Badang Perkasa (Gusiti Lengan).Pada perlawanan pertama menggunakan tangan kanan beliau tewas setelah bertahan dalam masa 13 minit.
Akan tetapi malang tidak berbau pada pusingan kedua menggunakan tangan kiri apabila pergelutan yang memakan masa hanya 10 saat menyebabkan tangan beliau patah sebelum ditewaskan.Beliau kemudiannya menerima rawatan sementara sebelum dibawa ke sebuah hospital dengan ditemani oleh Pengerusi DPMZ Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin dan seorang mahasiswa Fakulti Perubatan.Beliau kemudiannya pulang semula ke Hayyu Asyir pada jam 6.00 petang setelah dirawat di hospital.DPMZ menyeruseluruh ahli mendoakan agar beliau segera sembuh daripada kecederaan yang dialami dan berharap beliau tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT.

Prihatin..... rakan seangkatan membantu beliau memasuki kereta menuju hospital

0 comments:

Sahabat