Monday, August 2, 2010

KEKAL 10 : Kontinjen Zagazig Sertai Perbarisan

Posted by UPP DPMZ On 2:40 PM No comments

Klasik..... gaya Kontinjen Zagazig seperti barisan Difa` Madani iaitu sukarelawan tentera yang dihantar PMRAM pada tahun 1956 untuk mempertahankan Mesir dari ancaman Israel, Britain dan Perancis

DATARAN HAYYU ASYIR, 9.30 MALAM, 1 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig menyertai perbarisan pada Majlis Pembukaan KEKAL 10.Perbarisan diketuai oleh Muhd Zainullah Pauzi yang menggantikan Ketua Kontinjen.Perarakan masuk setiap kontinjen BKAN dan DPM bermula pada jam 9.30 malam.Kontinjen Zagazig yang memakai jersi rasmi terbaru DPMZ berwarna putih memasuki Dataran Hayyu Asyir.Kuasa Usaha Sementara Mesir (Charges de Affairs) iaitu En Saiful daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) berkenan untuk merasmikan KEKAL 10.


          Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan para hadirin untuk menanamkan semangat patriotik di dalam diri masing-masing dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan.Beliau juga di dalam ucapannya memuji serta mengiktiraf peranan PMRAM di bumi Mesir sebagai wadah kesatuan mahasiswa Melayu di sini.PMRAM bukan hanya menyatukan seluruh mahasiswa akan tetapi seluruh anak Melayu yang berada di bumi Ardil Kinanah ini akan tetapi bertanggungjawab terhadap aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.Beliau berharap PMRAM dapat meneruskan bakti yang telah dicurahkan selama lebih 80 tahun dan mengucapkan terima kasih kepada PMRAM dan seluruh pendokongnya.

         En Saiful kemudiannya berkenan untuk menyempurnakan gimik perasmian KEKAL 10.Majlis pembukaan diserikan lagi dengan persembahan menarik drama bertemakan kemerdekaan daripada Kontinjen Selangor, tarian dabus daripada Kontinjen Perak, persembahan seni bela diri Taekwando oleh Persekutuan Taekwando Antarabangsa Kaherah (ITF) yang merupakan sebahagian dari Skuad Waja Diri PMRAM (SWAD PMRAM) dan diakhiri dengan persembahan  kumpulan nasyid Al-Wadi PMRAM.DPMZ berharap KEKAL 10 dapat menyatukan seluruh anak Melayu di Mesir demi merealisasikan "Satu Fikrah Satu Amal".


Satu Fikrah Satu Amal..... Barisan pemimpin PMRAM Cawangan tetap setia bersama PMRAM

 Hafiz Al-Quran..... gaya alim persis ulama Al-Quran daripada Kontinjen Shoubra

1, 2 tumbuk.... ITF Kaherah menunjukkan aksi sena bela diri Taekwando

Seni tradisi rakyat..... Kontinjen Perak membawakan tarian dabus khas untuk tontonan umum 

Patriotik..... Drama khas Kontinjen Selangor membangkitkan nostalgia
perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu

Meriah..... persembahan Kumpulan Al-Wadi PMRAM mendapat sambutan menggalakkan

0 comments:

Sahabat