Sunday, September 4, 2011

Syawal Dirai, Ukhuwah Terpatri Dalam HAFIZ 1432 H

Posted by UPP DPMZ On 2:30 AM No comments



ZAGAZIG, 3 SEPTEMBER 2011- Kehangatan Aidilfitri pada tahun ini diraikan lagi dengan sambutan Haflah Aidilfitri Zagazig 2011 (HAFIZ 1432 H) bertempat di Dewan Darul Wehdah pada pagi tadi. Program anjuran Unit Dakwah dan Pembangunan Insan dengan kerjasama Unit Kebudayaan Kesenian dan Sukan ini mendapat sambutan yang hangat oleh ahli DPMZ. Majlis sambutan Aidilfitri pada tahun ini tampak berbeza dan lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya.



Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Umar Izudin dan kemudiaannya diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan pengarah program HAFIZ 1432 H, Saudara Akramin ishak dan pengerusi DPMZ saudara Muhamad Zainullah Pauzi dan seterusnya dirasmikan oleh saudara Muhamad Faizudin Ghazali selaku Naib Presiden 1 Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM. 


Kemudiannya Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah dhuha yang disampakan oleh HEWI angkat PMRAM cawangan Zagazig dan majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Presiden PMRAM saudara Zuhaili Saiman, BP angkat PMRAM cawangan Zagazig, saudara Ibrahim Ani dan beberapa orang HEWI PMRAM yang turut hadir bersama menjayakan program tersebut.


Kemuncak program  lebih ceria dengan beberapa persembahan dari ahli seperti Burdah, pentomen dan juga nasyid dari kumpulan In-saff. Majlis ini juga turut dihadiri oleh wakil dari DPM Damahur (DPMDM). Pihak DPMZ mengalu-alukan kehadiran tetamu yang sebahagiannya sebagai taakhi DPMZ.


Selesai majlis Persembahan, tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah istimewa sempena aidilfitri antaranya rendang, nasi himpit dan banyak lagi. Keceriaan jelas terpancar di wajah ahli DPMZ bilamana mereka memeberikan komen yang positif ketika ditemuramah. Ini memberikan impak yang baik buat DPMZ kerana berjaya manganjurkan program yang dapat mangukuhkan lagi nilai persaudaraan dan ukhuwah sesama ahli.


Semoga majlis seperti ini dapat memperkuatkan lagi kesatuan DPMZ dan dalam masa yang sama terselit nilai ukhuwah dan mahabbah yang indah di semua peringkat ahli. Dan dalam keghairahan kita menyambut syawal yang indah ini, janganlah pula kita lupa untuk merebut ganjaran puasa setahun yang dijanjikan Allah dengan melengkapkan ibadah puasa sunat enam hari di bulan Syawal.















0 comments:

Sahabat