Thursday, September 1, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri- Semarak Gelombang Ukhuwah Sesama Ahli

Posted by UPP DPMZ On 10:03 PM No comments


ZAGAZIG, 1 September 2010-  Bahang kemeriahan Aidilfitri tidak kurang hebatnya di Zagazig dengan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang di anjurkan oleh ahli imarah Dar Salam pada petang sehingga malam tadi.



Ia dilihat sebagai satu inisiatif merapatkan ukhuwah sesama ahli bersempena Aidilfitri yang mulia ini. Sebelum ini juga terdapat beberapa orang ahli menganjurkan rumah terbuka di kediaman masing-masing sebagai tanda mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w iaitu saling ziarah menziarahi dan mengeratkan silaturrahim sesama muslim.

"Rumah terbuka yang kami anjurkan ini adalah untuk menjayakan ukhuwah sesama kami dan warga zagazig selain mensyukuri nikmat Allah berikan  bersempena Aidilfitri ini, Itu adalah antara hadaf utama kami menganjurkan rumah terbuka ini," ujar saudara Muhamad Mumtaz Harun sebagai wakil tuan rumah ketika ditemuramah.

Semoga dengan penganjuran rumah terbuka seperti ini dapat meningkatkan lagi budaya ziarah menziarahi sesama ahli di samping mengambil peluang bermaaf maafan antara satu sama lain. Amalan mulia seperti ini haruslah sentiasa dipupuk dikalangan ahli sebagai wadah memperkasakan nilai ukhuwah yang padu dalam mencapai hadaf utama DPMZ.

Tetamu sedang menjamu selera:



Saudara Muhamad Mumtaz Harun ketika ditemuramah:


0 comments:

Sahabat