Tuesday, August 30, 2011

DPMZ Mengucapkan Selamat Datang Kepada Perwakilan Ke Konvensyen DPM Di Muhafazah

Posted by UPP DPMZ On 9:48 PM No comments



Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sebagai satu-satunya persatuan induk yang menyatukan suara anak-anak melayu di Mesir bakal mencipta sejarah pada tahun ini kerana sekali lagi akan menganjurkan Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi. 



Pada kali ini PMRAM mengambil inisiatif menganjurkan Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa di salah sebuah muhafazah yang akan dimaklumkan. Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa yang diadakan bakal  menggabungkan  suara-suara mahasiswa di cawangan Zagazig , Tanta , Mansurah , Damanhur , Dumyat , Iskandariah , dan Shoubra. 

Pihak DPMZ mengucapkan selamat datang dan selamat menyertai Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa kepada semua perwakilan yang bakal menyertai konvensyen yang akan diadakan nanti. 

Oleh yang demikian , pihak DPMZ mengharapkan konvensyen sebagai salah satu lapangan dalam menyelesaikan beberapa permasalahan yang berlaku terhadap DPM sejak kebelakangan ini. Pihak DPMZ juga mengharapkan Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa ini turut akan dirasai bahang suasananya oleh semua pihak. 

Kebersamaan antara PMRAM , BKAN dan DPM bakal memperkukuhkan lagi kekuatan DPM di Muhafazah dalam melahirkan kesinambungan pelapis demi memastikan survival mahasiswa di bumi Mesir terus terjaga. 

0 comments:

Sahabat