Sunday, September 4, 2011

PMRAM Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul

Posted by UPP DPMZ On 1:39 PM No comments


Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) Saudara muhamad Zuhaili Bin Saiman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang merupakan jurukamera Bernama TV yang maut akibat terkena tembakan peluru sesat di Mogadishu, Somalia


Mangsa Noramfaizul Moh Nor, 39, (gambar) meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru sesat pada hari Jumaat yang lalu semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan ke Somalia bagi membantu mangsa bencana kemarau dan krisis kebuluran yang melampau di Somalia. 


"Kami dari PMRAM merakamkan takziah kepada anggota keluarga mangsa di atas pemergian beliau dan kami merasakan bahawa pemergian mangsa turut akan dirasai oleh sahabat-sahabat media yang lain samada di dlam negara mahupun di luar negara" kata beliau.

Presiden berkata tindakan mangsa sanggup berjauhan dengan keluarga lebih-lebih lagi disaat masyarakat gembira menyambut hari raya aidilfitri demi semata-mata melaksanakan amanah kerja dan tugasan haruslah dipuji kerana ianya melambangkan sifat berani menerima cabaran dan tekun dalam bekerja.

"Kami berharap keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian ini dan kami daripada PMRAM mendoakan gemulah Noramfaizul dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh serta amalannya ini diterima dihadapan Allah S.W.T di akhirat kelak" ujar Zuhaili.

Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat Charlie C-130 bersama-sama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 9 pagi Ahad. Turut menjadi mangsa ialah Jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di tangan dan dilaporkan stabil

Presiden juga mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melepaskan tembakan secara membabi buta dan menyifatkan sebagai tindakan yang sangat tidak boleh diterima sama sekali lebih-lebih lagi apabila tembakan dilepaskan kepada petugas Media dan masyarakat asing.

"Saya mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang masih berada di sana mahupun yang akan pulang, semoga mereka selamat sampai ke tanah air dan semoga amalan mereka dalam misi kemanusiaan ini mendapat ganjaran di sisi Allah" kata Presiden kepada media PMRAM.

Sumber: PMRAM

0 comments:

Sahabat