Tuesday, August 3, 2010

Hari Kedua KEKAL 10 : Kontinjen Zagazig Terus Beraksi Dalam Acara Dewan

Posted by UPP DPMZ On 1:52 PM No comments

Berputih mata..... trio Zagazig sedang menentang trio Damanhur.Pasukan Zagazig tewas 2-3

KOMPLEKS RUMAH NEGERI, HAYYU ASYIR, KAHERAH, 2 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig memulakan hari kedua KEKAL 10 dengan menyertai acara Debat Ala Parlimen di Rumah Terengganu. Acara ini telah disertai oleh trio Zagazig iaitu Muhammad Hanif Jamaluddin (Ketua), Ahmad Faizzuddin Shah dan Solihuddin Muhd Jahar.Pasukan Zagazig menentang Dumyat pada pusingan pertama dan beraksi sebagai pembangkang. Tajuk perbahasan ialah "Blogger perlu disekat atas dasar keselamatan negara". Pasukan Zagazig telah mengeluarkan sebanyak mungkin hujah untuk menyekat kemenangan pihak lawan tetapi tidak berhasil apabila pasukan pendebat Zagazig diisytiharkan kecundang oleh barisan juri.


          Kontinjen Zagazig kemudiannya mengahantar penyertaan dalam acara tulisan khat yang disertai oleh Akramin Ishak.Acara congkak disertai oleh Firdaus Zamzurri.Acara tersebut dilangsungkan di Rumah Selangor.Firdaus Zamzurri hampir memenangi acara congkak akan tetapi hajatnya tidak kesampaian apabila tewas di peringkat Separuh Akhir dan seterusnya mendapat tempat keempat.

          Kontinjen Zagazig memulakan acara pada sebelah petang di Rumah Terengganu dengan menghantar beregu dalam acara Musang Berjanggut iaitu Nik Saifullah dan Fathir Ar-Rasyid.Para peserta perlu mengasingkan 7 jenis bahan masakan daripada campuran bahan tersebut di dalam sebuah talam. Pemenangnya adalah peserta dari Kontinjen Perak.Kontinjen Zagazig juga menghantar trio menyertai acara Soalan jawab Soalan iaitu Lokman Sulaiman, Fizree Abu Bakar dan Hanif Jamaluddin.Pasukan Zagazig tewas pada pusingan pertama 2-3 dalam satu pertarungan sengit dengan Kontinjen Damanhur.Lokman Sulaiman dan Fizree Abu Bakar ditewaskan dalam 2 pusingan pertama akan tetapi Hanif Jamaluddin berjaya menghidupkan semula peluang Zagazig untuk mara ke pusingan seterusnya apabila menewaskan 2 peserta Damanhur sebelum tewas kepada peserta ketiga Damanhur.

          Kontinjen Zagazig memulakan acara pada sebelah petang di Rumah Selangor dengan menghantar peserta menyaertai acara Video Promo iaitu persembahan video promo setiap kontinjen.Zainullah Pauzi menyertai acara ini.Muhammad Zuhaili pula menyertai acara kuiz Siapa Saya.Kuiz ini memerlukan setiap peserta meneka seramai mungkin individu kenamaan melalui suara rakaman selama 15 minit.Muhammad Zuhaili berjaya melepasi saringan Kumpulan B dengan menjadi juara kumpulan yang juga disertai oleh peserta Shibin, Melaka, Mansurah dan Selangor.Peserta Zagazig bermula agak lambat apabila gagal mendapat sebarang mata pada 5 minit pertama permainan.Akan tetapi, peserta Zagazig bengkit semula dengan mencatat 6 mata mengatasi pencabar yang lain.

          Pada perlawanan Akhir, peserta Zagazig bertemu dengan peserta Kelantan, Damanhur dan Mansurah.Perlawanan berlangsung sengit apabila kesemua peserta cuba membuat tekaan tepat.Peserta Zagazig hampir memenangi permainan akan tetapi peserta Kelantan, Damanhur dan Mansurah bangkit semula pada 5 minit terakhir permainan menyebabkan kesemua peserta seri dengan 3 mata.Peserta Mansurah lebih bernasib baik apabila berjaya menjawab soalan pada minit terakhir permainan menyebabkan peserta lain terpaksa berputih mata.Kontinjen Zagazig hanya sekadar berpuas hati di tempat kedua berkongsi mata bersama peserta lain.    

Orang seni..... Akramin Ishak mewakili Kontinjen Zagazig dalam acara Tulisan Khat

Teliti..... Nik Saifullah (biru) dan Fathir Ar-Rasyid gigih mengasingkan bahan dalam
acara Musang Berjanggut.

Tarik perhatian..... Zainullah Pauzi sedang memberikan penerangan kepada juri dalam
acara Video Promo

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan..... Muhammad Zuhaili (tengah) sedang bergelut dalam acara kuiz Siapa Saya.Peserta Zagazig hanya mendapat tempat kedua.


0 comments:

Sahabat