Tuesday, August 3, 2010

KEKAL 10 : Kontinjen Zagazig Meriahkan Malam Kedua

Posted by UPP DPMZ On 2:38 PM No comments

Terbaik Dari Zagazig..... telatah Marliman Sula dan saudara-saudaranya berjaya menarik perhatian penonton 

DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 9.00 MALAM, 2 OGOS 2010 : Malam Kedua KEKAL 10 diteruskan lagi dengan Majlis Dialog bersama Kepimpinan PMRAM 2010.Presiden PMRAM, Us Shahrizan Hazime telah menyampaikan ucapan pembukaan majlis ini.Selepas itu, barisan kepimpinan anggota Badan Pengurus dan HEWI PMRAM memperkenalkan diri masing-masing.Pengerusi majis kemudiannya memberi peluang kepada hadirin untuk membrikan sebarang komentar mengenai PMRAM.


          Antara komentar menarik daripada hadirin ialah keperluan cawangan PMRAM untuk terus wujud di muhafazah kerana PMRAM Cawangan atau Dewan Perwakilan Mahasiswa banyak membantu mahasiswa Melayu di muhafazah dari segi kebajikan dan keselamatan.Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM), Us Abd Muizz juga tidak ketinggalan untuk memberikan komentar apabila beliau menyatakan bahawa penggunaan Dataran Hayyu Asyir pada masa kini adalah lebih baik berbanding masa lampau kerana Dataran Hayyu Asyir telah digunakan semaksima mungkin untuk mengumpulkan mahasiswa serta mengukuhkan ukhuwwah mahasiswa Mesir.Beliau juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Pegawai HEP di Hayyu Asyir yang memberikan kerjasama di dalam hal tersebut.

          Selepas itu, Kontinjen Terengganu telah mempersembahkan kesenian Islam iaitu Marhaban. Kontinjen Zagazig juga tidak ketinggalan apabila mempersembahkan pentomen yang berjudul "4 Sahabat Bersaudara".Pentomen berunsur komedi ini adalah hasil cetusan ahli DPMZ iaitu Us Hazwan Hafiz Abdul Jalil dan pernah memenangi acara persembahan pentas pada Festival Zagazig 2009.Pentomen ini berkisar mengenai kisah 4 sahabat bersaudara mengharungi cabaran peperiksaan tetapi digambarkan dalam bentuk masyarakat Melayu tradisional yang turun ke medan perjuangan menentang musuh.Kontinjen Zagazig telah memberikan persembahan terbaik dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.Ucapan syabas kepada Kontinjen Zagazig kerana berjaya memeriahkan KEKAL 10.  

Tekun.... hadirin sedang khusyuk mendengar penerangan daripada
barisan kepimpinan PMRAM 2010

Untukmu PMRAM..... Mahasiswa memenuhi Dataran Hayyu Asyir sebagai tanda sokongan kepada PMRAM

Ceria.... barisan pelakon serta krew pentomen Kontinjen Zagazig bergambar kenangan 

Kesenian Islam..... persembahan marhaban Kontinjen Terengganu menjadi
halwa telinga terbaik untuk hadirin

0 comments:

Sahabat