Juara..... Peserta Zagazig Hazri Sarman (berkopiah merah) menentang peserta lawan dalam saringan Pusingan Pertama.Peserta Zagazig memenangi acara Batu Seremban
DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH, 3 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig memulakan hari ketiga KEKAL 10 dengan menyertai acara Catur.Peserta Zagazig ialah juara Catur Sukan Asean Zagazig 2009, Mazwan Muhd Noh.Peserta Zagazig telah berjaya mengharungi beberapa pusingan sebelum berentap di perlawanan Akhir bertemu peserta Pahang.Nasib tidak menyebelahi peserta Zagazig apabila beliau tewas setelah berhempas-pulas menentang peserta Pahang.Peserta Zagazig dinobatkan sebagai naib juara.Selepas itu, Ermyzal Nazirul mewakili Kontinjen Zagazig di dalam acara Dam Aji.Peserta Zagazig menentang peserta Dumyat pada pusingan pertama.Peserta Zagazig tewas pada pusingan pertama.
Kontinjen Zagazig juga menghantar peserta dalam acara Batu Seremban iaitu peserta veteran, Hazri Sarman. Pesrta Zagazig berjaya melepasi beberapa pusingan pertama dan menewaskan peserta Perlis pada pusingan kedua. Peserta Zagazig memasuki pusingan akhir yang menemukannya dengan 5 peserta lain dari Pahang, Kedah, Perak dan Mansurah.Hazri Sarman bersungguh-sungguh mencatatkan sebanyak mungkin mata kerana pemenang dikira mengikut mata terbanyak.Setelah berakhirnya 10 minit pertarungan, peserta Zagazig diisytiharkan sebagai pemenang dan peserta Perak naib juara.Kemenangan tersebut merupakan kemenangan pertama Kontinjen Zagazig dalam KEKAL 10.
Mahasiswa Fakulti Perubatan, Umar Izzuddin mewakili Kontinjen Zagazig dalam acara Hafazan. Anas Ridzuan pula menyertai acara Pertandingan Melukis sempena 80 Tahun PMRAM.Peserta Zagazig mendapat tempat ketiga dengan lukisannya yang bertemakan 53 tahun kemerdekaan Malaysia serta 80 tahun PMRAM.
Persidangan Mahasiswa Islam (PERSIS) pula berlangsung pada jam 9 malam dengan 3 pembentangan kertas kerja oleh iaitu "Peranan Mahasiswa Al-Azhar" oleh Us Zulkifli Abd Ghani, "Militan" oleh perwakilan dari Yaman iaitu Penasihat Persatuan Mahasiswa Yaman (PERMAYA) dan Presiden PMRAM Us Shahrizan Hazime.Ketiga-tiga pembentang telah memberi informasi berguna buat tatapan hadirin.Us Zulkifli Abd Ghani telah mengupas mengenai peranan serta cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa Al-Azhar pada masa kini dan telah membuat perbandingan dengan mahasiswa pada masa lalu. Sesungguhnya, mahasiswa Al-Azhar telah memberikan banyak jasa kepada masyarakat Malaysia dalam pelbagai bidang seperti keagamaan dan politik.
Perwakilan Yaman pula membentangkan kertas kerja bertajuk "Militan". Isu militan merupakan isu yang amat penting kerana ianya adalah sebahagian cubaan daripada musuh Islam yang ingin memberi gambaran bahawa Islam adalah agama penaja keganasan.Beliau menasihatkan para hadirin supaya berhati-hati dengan dakyah yang dicanangkan oleh musuh-musuh Islam.Us Shahrizan Hazime pula membentangkan kertas kerja bertajuk "Protokol Yahudi".Beliau telah mengupas mengenai Protokol Yahudi yang telah disepakati oleh Zionis Antarabangsa pada awal abad Ke-20. Protokol Yahudi merupakan kaedah-kaedah yang akan digunakan oleh puak Yahudi untuk menentang Islam dan seluruh umat dunia.Bagi Yahudi, bangsa non-Yahudi merupakan "Goyyim" dan kesemua mereka perlu dirosakkan.Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan persembahan pentomen oleh Kontinjen Tanta yang berkisar mengenai perjuangan umat Islam di Tanah Suci (Baitulmaqdis@ Palestin). Pentomen tersebut telah meruntun hati para penonton apabila dipaparkan keganasan tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan.
Hampir..... Peserta Catur Mazwan Muhd Noh tewas pada perlawanan Akhir.
Berbakat..... Anas Ridzuan (kanan) dan Editor Komik Al-Fiyan PMRAM Nasrullah Che Halim @ Lagendaseni sedang membuat lakaran menarik.Anas Ridzuan menang tempat ketiga.
Tahniah..... Pengarah KEKAL 10, Us Solihuddin Safien menyampaikan hadiah
kepada peserta Zagazig, Anas Ridzuan
Usaha Tangga Kejayaan..... Umar Izzuddin sedang memperdengarkan ayat suci Al-Quran
kepada barisan juri dalam Pertandingan Hafazan
0 comments:
Post a Comment