Thursday, August 5, 2010

Hari Keempat KEKAL 10 : Kontinjen Zagazig Menang Lagi

Posted by UPP DPMZ On 7:46 PM No comments

Meriah..... Mahasiswa Melayu dari seluruh Mesir menghadiri malam keempat KEKAL 10

KOMPLEKS RUMAH NEGERI, HAYYU ASYIR, KAHERAH, 4 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig memulakan acara pada hari keempat dengan menghantar pasukan menyertai acara Win, Lose And Draw iaitu acara melukis dan membuat tekaan.Kesemua acara pada hari ini diadakan di Rumah Selangor.Regu Zagazig dibarisi oleh Akramin Ishak, Fathir Ar-Rasyid dan Muhammad Zuhaili.Regu Zagazig pernah mendapat tempat kedua pada acara yang sama tahun lepas.Akan tetapi, regu Zagazig gagal mengulangi pencapaian cemerlang apabila sekadar meneka 3 jawapan sahaja.


          Selepas itu, Kontinjen Zagazig menghantar peserta dalam acara Kuiz Kenali PMRAM iaitu Muhammad Zuhaili.Peserta Zagazig berjaya melepasi saringan Kumpulan 3 yang turut disertai oleh peserta Melaka dan Selangor setelah berjaya menjawab 8 daripada 10 soalan yang dikemukakan.Peserta zagazig seterusnya memasuki pusingan Akhir yang menemukan antara Kontinjen Zagazig, Damanhur dan Tanta.15 soalan dikemukakan di dalam pusingan ini.Perlawanan berlangsung sengit dengan setiap peserta memungut mata yang sama sehingga ke soalan terakhir.Akan tetapi, peserta Zagazig lebih bernasib baik apabila berjaya menjawab soalan terakhir menandakan peserta Zagazig dinobatkan sebagai juara.

          Kontinjen Zagazig menghantar pasukan untuk menyertai acara Mereka Syaqah PMRAM.Pasukan ini dibarisi oleh Akramin Ishak, Fizree Abu Bakar dan Shobri Mat Yaakob.Sebanyak 10 kontinjen menyertai pertandingan ini.Pasukan Zagazig tidak berjaya memenangi acara ini.Acara ini memerlukan kreativiti serta penghayatan terhadap pembinaan Syaqah PMRAM.Pasukan Kelantan memenangi acara ini setelah hakim membuat kiraan semula kerana persamaan mata dengan pasukan Terengganu dan Selangor.

          Pada jam 9 malam, wacana PMRAM diadakan bersama ahli panel iaitu Mantan Presiden PMRAM, Us hairul Nizam Mat Husssein, Presiden PMRAM Us Shahrizan Hazime dan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Nur Hafiza Abd Wahab dengan dipengerusikan oleh Mantan YDP KPIPM Us Mujahid Fadzil.Wacana ini telah membincangkan masa depan PMRAM menuju 100 tahun penubuhan, fakta berkaitan ARMA yang selama ini tidak diketahui umum dan masa depan HEWI PMRAM.Us Hairul Nizam juga sempat menbincangkan mengenai fenomena Mahasiswa Islam pada masa kini yang perlu mendominasi keadaan semasa supaya PMRAM sentiasa bertunjangkan Islam.Panelis juga sempat memebritahu hadirin mengenai resepi kewujudan PMRAM selama 8 dasawarsa iaitu keberanian ahli, pemikiran ahli yang ikhlas bekerja tanpa wang serta  pegangan Islam yang kukuh dalam dasar PMRAM semenjak penubuhannya.Pertubuhan yang tidak berpegang kepada Islam tidak akan bertahan lama kerana ahli-ahlinya hanya akan menyertai pertubuhan tersebut atas dasar keduniaan semata-mata.

          Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang acara sukaneka dan dewan.2 peserta Zagazig iaitu Hazri Sarman dan Muhammad Zuhaili turut mendapat hadiah.Selepas itu, Kontinjen Kedah dan Johor telah mempersembahkan seni bela diri Silat Melayu kepada hadirin.Kontinjen Kelantan juga tidak ketinggalan apabila mempersembahkan Dikir Barat yang bertemakan "Untukmu PMRAM".

Juara..... Muhammad Zuhaili (duduk kanan) di dalam perlawanan Akhir Kuiz Kenali PMRAM.
Peserta Zagazig memenangi acara ini.

Gigih..... Regu Zagazig sedang menyiapkan reka bentuk Syaqah PMRAM idaman 

Pahlawan Melayu beraksi..... Kontinjen Kedah dan Johor memepersembahkan Silat

Seni Pantai Timur..... Dikir Barat Kontinjen Kelantan memeriahkan lagi keadaan  

0 comments:

Sahabat