Thursday, August 5, 2010

KEKAL 10 : Pameran KEKAL 10 Tarik Perhatian Pengunjung

Posted by UPP DPMZ On 8:10 PM No comments

Ceria..... Pengerusi DPMZ serta Ketua Kontinjen Us Dzulnawawi Munawer setia
 melayani pengunjung pameran KEKAL 10

DATARAN HAYYU ASYIR, KAHERAH 3-5 OGOS 2010 : Kontinjen Zagazig telah mengadakan pameran sempena KEKAL 10.Kontinjen Zagazig telah membuka tapak pameran di Dataran Hayyu Asyir dengan berkongsi tapak pameran dengan taakhi Zagazig iaitu BKAN Johor BKPJM.Kontinjen zagazig telah mengadakan pameran mengenai sejarah penubuhan 17 tahu DPMZ serta menayangkan koleksi gambar sebhagiamn program DPMZ dan gambar-gambar lama.Pengunjung juga diberikan penanda buku percuma yang bertemakan Biah Solehah iaitu pembentukan jiwa yang baik untuk Muslim.Selain itu, baju t-shirt DPMZ juga turut menjadi bahan tayangan pameran menyebabkan terdapat mahasiswa dan mahasiswi yang berminat untuk membeli kerana kecantikan serta keunikan rekaan bajuu tersebut.


          Tapak pameran KEKAL 10 juga turut memberi kesempatan kepada seluruh BKAN dan DPM untuk membuat pameran.Antara yang menariok di tapak pameran ialah pameran oleh Perubatan Cawangan Tanta (PCT) yang bertemakan "Tibb Nabawi", pameran oleh unit-unit PMRAM seperti Komuniti MAP, Unit Biah Solehah, Unit Penerangan Umum, Umit Penerangan ARMA, MANHAL, Bait Muslim, Unit Komik Al-Fityan serta lain-lain lagi.Selain itu, penganjur KEKAL 10 juga memberi peluang kepada hadirin untuk menderma darah.Unit Projek Sumbangan Derma Palestin (PROSMA) juga turut tidak ketinggalan dengan membuka gerai jualan pakaian terpakai sumbangan mahasiswa Mesir.Dana yang diperolehi akan disumbangkan kepada penduduk Palestin.Syabas PMRAM kerana megadakan KEKAL 10!!

Ramah..... Mahasiswi DPMZ sedang melayani pengunjung pameran

Kita tengok siapa kena tendang..... sebahagian pengunjung pameran gembira dengan
permainan Dam Ular yang disediakan penganjur

Menarik..... sebahagian mahasiswi yang mengunjungi tapak pameran DPMZ tertarik dengan gambar program yang menunjukkan perpaduan ahli DPMZ serta keunikan rekaan baju keluaran Unit Ekonomi DPMZ

0 comments:

Sahabat