Monday, April 5, 2010

Kolukium Ilmuan Siri Ke 3

Posted by UPP DPMZ On 1:11 PM No comments


    Kolukium Ilmuan siri yang ke 3 kembali lagi dengan pengisian yang lebih mantap dan bertenaga. Program yang sangat penting dalam membina  generasi pelapis Islam yang berjaya ini akan dimulakan dengan pendaftaran pada jam 3.30 petang dan seterusnya akan diteruskan dengan diskusi kitab " Hatta Ya'lamu Syabab " karangan Fadilatul Syekh Abdullah Nasih Ulwan yang akan dibentangkan oleh Al-Fadhil Ust Mukhri. Selepas solat Maghrib program akan dihebatkan lagi dengan forum yang menggabungkan pengerusi DPMZ dari empat zaman yang berbeza, mereka yang dimaksudkan ialah Ust Zaidan Abu Samah ( Mantan pengerusi DPMZ sesi 06/07 ) Ust Mumtaz Harun ( Mantan pengerusi DPMZ sesi 07/08 ) Ust Faizuddin Ghazali ( Mantan Pengerusi sesi 08/09 ) dan akan dipengerusikan oleh Ust Hanif Jamaluddin ( Pengerusi DPMZ sesi 09/10 ). Forum yang bertajuk "kepentingan melibatkan diri dalam amal ijtimai " pasti akan memberikan impak yang terbaik dalam memberi kefahana kepada mahasiswa mahasiswa akan peranan kita di bumi anbiya ini. 


    Kepada semua warga Zagazig dijemput hadir beramai-ramai ke program Kolukium Ilmuan siri ke3 ini. Semoga kita semua memperoleh keredhaan Allah dalam mengejar impian untuk mendapatkan syurgaNya  yang kekal abadi Insyallah..





0 comments:

Sahabat