Sunday, April 4, 2010

Al-Fatihah : Mahasiswa Malaysia Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya.....

Posted by UPP DPMZ On 11:18 PM No comments




HAYYU ZUHUR, KAHERAH, 4 APRIL 2010 : Seorang mahasiswa Fakulti Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Kaherah Tahun 3 mengalami kemalangan pada jam 12.15 tengahari sebentar tadi di Jalan Imarah Syurtah, Hayyu Zohor, Kaherah. Mangsa, Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin,berasal dari Perak meninggal  dunia ketika sampai di Hospital.Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tadi oleh pihak hospital.Turut berada di hospital, Ustaz Abdul Muizz Muhammad, Presiden PMRAM dan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK), Prof Jamil bin Hasyim.

         Yang Dipertua Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM), Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu bahawa pengurusan untuk mengeluarkan jenazah daripada pihak Hospital Zahra mengalami masalah.Pada jam 9 malam, beberapa orang saksi telah dipanggil oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir untuk pihak persatuan membuat laporan, untuk diserahkan ke Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan Jabatan Pendaftaran Malaysia.

        Sebentar tadi Yang Dipertua KPIPM telah mengumumkan solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi esok di Dataran Hayyu Asyir, Kaherah.Jenazah akan dikebumikan di Mesir.DPMZ mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Hafizul Husna Salehuddin.Semoga mereka tabah menghadapi dugaan dari Allah.



Gambar dari laman web rasmi KPIPM, www.kpipm64.blogspot.com

0 comments:

Sahabat