Pengertian Bulan Safar.
Dari 
                    segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya 
                    bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di 
                    zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas 
                    dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang. 
Setelah 
                    kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan 
                    nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.
Peristiwa-peristiwa Penting Bulan Safar.
Ada 
                    berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar. Diantara 
                    peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan 
                    wajar dikenang oleh kita ialah;
-  
                      Persidangan Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah adalah 
                      persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah 
                      yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah di Mekah. Persidangan 
                      ini dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan 
                      terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw. 
 
 Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad. Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh dan setiap kabilah hendaklah menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda yang paling gagah untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.
 
 Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari kabilah Bani Abdul Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala telah memerintahkan Rasullullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
 
 Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada waktu malam di akhir bulan Safar dan pendapat yang lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada bulan Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah.
 
 
-  
                      Rasullullah Mula Sakit Satu lagi peristiwa penting yang 
                      berlaku di bulan Safar ini ialah pada akhir bulan ini setelah 
                      kembalinya Rasullullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji 
                      terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit. 
 
 Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.
 
 Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina Aisyah r.a.
Fadhilat (Amalan- amalan Sunat)
Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain.
Tiada 
                    amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi 
                    amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.
Kita 
                    dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari 
                    ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. 
Tingkatkan 
                    mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada 
                    setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira 
                    di dalam bulan mana sekalipun. 
Yang 
                    penting adalah niat yang disertakan keikhlasan
 Kepercayaan Dan Amalan-amalan Khurafat.
Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di 
                    kalangan masyarakat kita yang masih berpegang dengan kepercayaan 
                    dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah 
                    dari mana asasnya. 
Di 
                    antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan 
                    ada kaitan dengan bulan Safar itu ialah;
- Rabu terakhir adalah hari malang
- Biawak petanda celaka
- Burung hantu petanda kemudharatan
- Burung gagak petanda kematian
- Bulan Safar adalah bulan bala
Kononnya 
                    untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka 
                    disunatkan mandi Safar, berpuasa dan membuat kenduri tolak 
                    bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di 
                    atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber 
                    rujukan dari mana asalnya.
 
                    Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara 
                    tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang 
                    sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih 
                    yang diriwayatkan oleh imam Bukhari; 
 
 
                    Maksudnya; Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.
Maka 
                    hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika 
                    ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada 
                    syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka 
                    ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima 
                    oleh Allah subhanahu wa ta'ala. 
Beramal 
                    dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana 
                    ia adalah bid'ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara 
                    bid'ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi 
                    kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan 
                    bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.
Oleh 
                    itu ilmu agama yang berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah adalah 
                    neraca untuk menilai setiap sesuatu sama ada mengikut Syarak 
                    atau sebaliknya. Dalam memperbetulkan perlakuan segelintir 
                    umat di kalangan masyarakat Islam yang masih berpegang dengan 
                    kepercayaan dan amalan-amalan karut ini, maka pendakwah dan 
                    individu yang faham dan ingin membetulkannya hendaklah melengkapkan 
                    diri dengan ilmu agama dan methodologi dakwah itu sendiri 
                    agar kerja dakwah itu menjadi lebih berkesan dan lancar. 
 Sumber: Jabatan Mufti Melaka
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Disediakan oleh:
Mohd Amirul Adli Bin Othman
Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2012/2013
 
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2012/2013
 




 
 
 
 
 
 

0 comments:
Post a Comment