Monday, December 23, 2013

العقل سليم في جسم السليم

Posted by UPP DPMZ On 8:57 AM No comments


ZAGAZIG , 20 Disember 2013 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah mengadakan 'Usrah Amali' Mahasiswa Al-Azhar dibawah kendalian Jabatan Fasilitator. Ini bertujuan mengeratkan ukhuwwah sesama Mahasiswa Al-Azhar dan ini merupakan usrah amali setelah usrah bermanhaj ditawakufkan untuk memberi laluan sempena Imtihan fasa satu.


                                                   Ukhuwwah tetap terjalin biarpun kualiti semakin berkurang                                      

Dengan itu pihak JATA DPMZ telah mengadakan futsal ukhuwwah sebagai bentuk usrah amali pada minggu ini. Kehadiran menggalakkan serta mendapat sambutan yang baik dikalangan Mahasiswa Al-Azhar di Zagazig. Turut hadir bersama saudara Muhamad Nasuha B. Mohd Zakariah selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2013 / 2014.


Semoga Allah memberkati pertemuan kali ini dan menguatkan ukhuwwah sesama Mahasiswa Al-Azhar Zagazig serta menyedarkan kita betapa pentingnya usrah biarpun dengan pelbagai cara. Diharapkan imtihan yang bakal dihadapi akan menghasilkan natijah yang baik serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat kelak.


"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"


0 comments:

Sahabat