Tuesday, December 10, 2013

Solat Sunat Hifzi : Menuju Kejayaan Yang Diredhai Allah SWT

Posted by UPP DPMZ On 3:33 PM 1 comment


ZAGAZIG, 8 Disember 2013 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah Unit Pengetahuan dan Pendidikan telah menganjurkan Solat Sunat Hifzi bersempena peperiksaan yang bakal tiba pada akhir Disember ini.
Sunat Sunat Hifzi ini bertujuan sebagai munajat kepada Allah supaya dikuatkan hafalan pelajaran yang telah dipelajari di kuliah. Solat ini pernah dilakukan oleh Para Sahabat ketika zaman Rasulullah ﷺ seperti diriwayatkan dalam hadis oleh Imam Ath-Thabrani, Imam At-Tirmidzi, dan Imam Al-Hakim :

"Ali r.a yang mengadu kepada Rasulullah ﷺ bahawa gelincir Al-Quran dari dadanya maka Rasulullah saw mengajarkannya untuk bersolat 4 rakaat. Pada rakaat pertama dibacakan Al-Fatihah dan Yaasin. Rakaat kedua dibacakan Al-Fatihah dan Ad-Dukhaan. Rakaat ketiga dibacakan Al-Fatihah dan As-Sajdah. Rakaat keempat dibacakan Al-Fatihah dan Al-Mulk".

                                                    Penerangan diberi sebelum solat bermula.
  
Majlis tersebut bermula dengan Solat Isya Berjemaah, sedikit pengenalan tentang Solat Sunat Hifzi dan Solat Sunat Hifzi yang telah diimami oleh Ustaz Mohamad Makhzani Bin Abdul Rahim. Dalam Majlis tersebut turut diedarkan tabung derma kilat Bencana Banjir.

  Solat sunat hifzi merupakan cara terbaik dalam memohon 
         pertolongan Yang Maha Esa.

Semoga Allah memberi kejayaan yang diberkati disisiNya dan meneruskan usaha seiring doa serta perbanyakkan munajat agar kejayaan yang diperoleh bukan sahaja di dunia malah berjaya di akhirat kelak.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

1 comments:

mohd makhzani abdul rahim la..muhd jan ayah ust miqdad

Sahabat