Monday, December 2, 2013

DPMZ Mengutamakan Kebajikan Ahli

Posted by UPP DPMZ On 12:14 AM No comments

Pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2013/2014 melalui Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah menyampaikan sumbangan Tabung Dana Ehsan DPMZ dan mengagihkan zakat fitrah 1434H PMRAM kepada mahasiswa/wi Malaysia di bumi Zagazig pada bulan November yang lalu.

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada para penerima melalui wakil DPMZ, saudara Muhamad Nasuha bin Mohd Zakariah, Pengerusi DPMZ sesi ini. Bersama beliau dalam menyerahkan sumbangan tersebut ialah saudara Muhammad Khairi bin Jubir, pemangku Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPMZ.




Sepanjang bulan ini, sumbangan Tabung Dana Ehsan telah diserahkan kepada 3 penerima, iaitu pasangan saudara Muhammad Anas bin Ridzuan dan saudari Hanum Syahirah binti Bustamam yang telah kehilangan anak, saudari Nur Hamizah binti Noor Apandi yang telah kematian ayah dan pasangan saudara Zubir bin Ahmad dengan saudari Husna binti Ibrahim yang telah menerima cahaya mata. Di samping sumbangan tersebut, pengagihan zakat fitrah 1434H PMRAM juga telah dilakukan dan diberikan kepada 8 orang ahli DPMZ yang layak menerima dan memerlukan.



Semoga semua bentuk sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam menghadapi musibah yang dihadapi seterusnya menjalani kehidupan seharian seperti biasa. DPMZ sebagai badan kebajikan serta wasilah untuk menyampaikan sumbangan tersebut sangat berbesar hati kepada semua ahli yang sudi menyumbang dan menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat kita ini di kala mereka memerlukan. Ini seiring dengan kebajikan di peringkat PMRAM

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

0 comments:

Sahabat