Monday, January 7, 2013

Pembawakan Unit Biah Solehah DPMZ 2012 / 2013

Posted by UPP DPMZ On 11:40 PM No comments

                
                 Unit Biah Solehah adalah satu unit khas di bawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan. Ia menyeru kepada berbuat baik dan melahirkan biah solehah atau suasana yang baik mengikut kehendak syara'. Ia bertepatan dengan firman Allah SWT :

Tiada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian antara manusia. Dan barang siapa berbuat demikian karena mengharap redha Allah, maka Kami akan memberinya pahala yang besar.” (an-Nisa: 114)

            Demikanlah janji Allah SWT kepada hambanya yang melakukan kebaikan serta menyeru ke jalan-Nya. Kesinambungan ini, bukanlah satu ciptaan tetapi ia adalah jalan dakwah yang telah dilalui oleh para Nabi-nabi dalam usaha mengangkat kalimah Allah di muka bumi.

            Maka Unit Biah Solehah Cawangan Zagazig, akan mewujudkan suasana ini dengan beberapa pembawakan yang selaras dengan peringkat pusat dan pembawakan berbeza pada setiap bulan mengikut suasana khususnya Zagazig. Antaranya :


1. Manfaat Media Elektronik ( Bulan 1 )
2. Tautan Ukhuwwah ( Bulan 2 )
3. Mengetahui Dan Mendalami Sejarah Islam ( Bulan 3 )
4. Memperkasakan Solat Jemaah (Bulan 4 dan 5)
5. Pembentukan Fikrah Dan Syaksiah ( Bulan 7 )

           Selain itu, pembawakan tambahan turut disertakan iaitu "3 S" iaitu senyum, salam dan sapa. Ia bagi menjayakan usul DPMZ yang pertama “Bersama membina komuniti dengan tindakan : Pemerkasaan hubungan seluruh mahasiswa/wi di bumi Zagazig dan meningkatkan penghayatan amal Islami”. Semoga kita mengambil manfaat darinya dan semaikan di dalam diri sebagai mahasiswa Islam serta mempraktikkan di mana sahaja berada. "Dimana bumi dipijak, di situ Islam di junjung".



Disediakan

Saudara Amirul Adli 
Ketua Unit Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013        


0 comments:

Sahabat