ZAGAZIG, 18 Ramadan
1434 - Pihak pengurusan
Masjid Ahbabur Rasul di Hayyu Zuhr, Kafr Zend telah menyampaikan makanan maidah
rahman (juadah berbuka puasa) kepada warga wafidin di Zagazig.
Kira-kira jam 5.45
petang, saudara Mohd Shobri Bin Mat Yaakub, Pengerusi DPMZ sesi 2012/2013
bersama beberapa mahasiswa Malaysia yang lain telah mengambil makanan tersebut
di Masjid Ahbabur Rasul. Pihak pengurusan masjid tersebut menyampaikan 210
bungkus makanan itu dan untuk diagihkan kepada warga Malaysia di Zagazig.
Kemudian, makanan maidah
rahman itu dibawa pulang ke Zagazig Malaysian Students Hall dan
diagihkan kepada setiap individu yang hadir untuk mengambil makanan tersebut.
Rasa syukur dan gembira
tak terhingga kerana pada bulan Ramadan 1434 kali ini diberikan nikmat dan
pemberian oleh Allah SWT di atas rezeki juadah
berbuka puasa yang berlimpah ruah dari hari ke hari yang tidak putus-putus.
Mudah-mudahan Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik individu yang sedekahkan
makanan maidah rahman ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud
:
"Sesiapa yang memberi makan (juadah berbuka puasa) kepada
orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu
dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun" [Riwayat
At-Tarmizi]
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
0 comments:
Post a Comment