Friday, July 26, 2013

Madrasah Ramadan, Manifestasi Tarbiah

Posted by UPP DPMZ On 1:01 AM No comments



ZAGAZIG, 16 Ramadan 1434 – Pihak Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig telah menjemput mahasiswa wafidin dari negara Malaysia, Indonesia dan Thailand ke majlis berbuka puasa (Ifthor Jamie) bertempat di Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig. 
Seramai 55 orang mahasiswa wafidin telah hadir bagi memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut. Turut hadir dalam majlis berbuka puasa tersebut, Dr Syed Said Saghir yang merupakan Ketua Jabatan Dakwah dan Thaqafah Islamiyah, Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar, Zagazig.

Kemudian, solat maghrib berjemaah telah diimamkan oleh Dr Syed Said Saghir dan seterusnya beliau memberi peringatan dan amanat kepada para hadirin. Beliau berpesan, walau dari mana asal kita dan di mana jua kita berada, umat Islam adalah bersaudara. Hanya taqwa yang mampu membezakan kita di sisi Allah. Beliau juga berharap agar majlis sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sebelum bersurai, beliau telah menyampaikan minhah (zakat berbentuk wang) kepada setiap mahasiswa yang hadir.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak universiti yang telah menganjurkan majlis berbuka puasa (Ifthor Jamie) kepada kami, mahasiswa wafidin. Semoga Allah merahmati kita semua di bulan Ramadan dan syukur tak terhingga kepada Allah swt kerana memberi nikmat yang berlimpah ruah di bulan barakah yakni bulan Ramadan.


"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

0 comments:

Sahabat