Sunday, July 14, 2013

Ramadan Kareem : Penyampaian Minhah Al-Azhar

Posted by UPP DPMZ On 11:00 PM No comments




ZAGAZIG, 5 Ramadan 1434 - Jam 11 pagi bertempat di Fakulti Usuluddin dan Dakwah, Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig diadakan penyampaian minhah Al-Azhar kepada semua mahasiswa Al-Azhar di kalangan warga wafidin di bumi Zagazig berbentuk barang keperluan asas seperti beras, gula, teh dan lain-lain lagi.

Penyampaian minhah tersebut disampaikan oleh syuun kebajikan warga wafidin, Ustaz Abdul Aziz dan disampaikan melalui wakil wafidin. Warga wafidin yang hadir seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Afrika (Juzu Qamar).

Saudara Muhammad Akramin Bin Mohd Ishak, ketua Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPMZ sesi 2012/2013 selaku wakil warga Malaysia menerima minhah tersebut. Pihak Al-Azhar juga akan mengadakan maidah rahmah (menyediakan juadah berbuka puasa) kepada warga wafidin pada minggu hadapan.

Ucapan terima kasih ke atas pemberian minhah Al-Azhar itu bersempena bulan yang penuh berkat yakni bulan Ramadan. Semoga pemberian minhah tersebut dapat meringankan beban kami di sini walaupun kami berpuasa di perantauan dan jauh daripada keluarga tercinta di tanahair.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

0 comments:

Sahabat