Tuesday, November 11, 2008

Majlis Tautan Ukhwah (M2Z) Mengikat Silaturahim Antara Mahasiswa/wi

Posted by UPP DPMZ On 11:11 AM 2 comments


7 NOVEMBER 2008 – Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan satu program khas bagi pelajar baru perubatan iaitu Majlis Tautan Ukhuwwah Zagazig 08 ( M2Z 08 ). Di bawah subtema “ Fikrah Betul Najah A’ala Tull” majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang ceria dan penuh dengan perasaan ukhuwwah di kalangan para peserta. Majlis ini telah diadakan di Dewan As-Sola berhampiran Masjid Fatah Zagazig. Majlis telah dirasmikan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail. Dalam ucapannya, beliau telah menjelaskan betapa pentingnya peranan serta sumbangan golongan akademik khususnya perubatan dalam menjalankan dakwah Islam, sambil menegaskan kepada para peserta agar tidak terlepas dari menimba ilmu agama di bumi anbiya ini. Turut hadir dalam majlis tersebut Badan Pengurus PMRAM Ustaz Mohammad Azizudin Aznan (Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa) serta Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim (Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM).

Majlis bermula dengan pertemuan dua mata antara pihak Keselamatan Mesir ( Amnu Daulah ), Ustaz Muhammad fatah dengan peserta bagi membincangkan masalah keselamatan serta penerangan mengenai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Mesir. Pihak Keselamatan Mesir juga telah menegaskan bahawa segala urusan yang berkaitan dengan urusan keselamatan dan perhubungan luar adalah di bawah kelolaan pengerusi DPMZ, Ustaz Faizuddin Ghazali. Peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah di Masjid Fatah seterusnya menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.

Majlis diteruskan lagi dengan slot bersama PMRAM, majlis dipengerusikan oleh Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan, Ustaz Muhammad Abdul Malik Abdul Karim manakala ahli panel terdiri daripada Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail dan Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, Ustaz Mohamad Azizudin Aznan. Pihak PMRAM telah menerangkan serta menjawap segala persoalan yang telah diajukan oleh peserta. Seterusnya Forum bertajuk “ Cabaran Mahasiswa Perubatan di Bumi Mesir” telah diadakan, ahli panel terdir daripada Ustaz Nazrul Nasir dan Dr. Fakhruddin. Forum diceriakan dengan telatah lucu oleh ustaz Nazrul Nasir serta penyampaian semangat oleh Dr. Fakharuddin. Pelbagai isu telah dikupas hasil daripada forum tersebut.

Majlis dilengkapkan lagi dengan slot bersama wakil daripada Perubatan Pusat. Slot bersama perubatan ini telah kelolakan oleh Biro Penerbitan dan Penerangan, Dr. Muhammad Husaini bin Saleh. Pelbagai soalan telah diajukan daripada peserta bagi mendapat maklumat mengenai Perubatan Pusat. Majlis M2Z 08 diakhiri dengan satu slot yang amat menghayat hati para peserta juga urustia, slot I love Islam yang telah dikendalikan oleh pengisi yang dijemput khas daripada Universiti Jordan, Ustaz Fakhrurazi memberikan kesan yang amat mendalam kepada para peserta, nilai-nilai islam serta muhasabah yang diterapkan menyentuh hati setiap insan yang berada di dalam dewan tersebut, gabungan ukhuwwah serta keinsafan yang dilaksanakan disahut dengan linangan air mata semua hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Tepat jam 11.30 malam majlis berakhir dengan kalam penutup oleh Pengarah Program, Ustaz Hanif Jamaluddin.

2 comments:

Assalamu'alaikum..majlis tautan ukhwah ini, cukup baik dari segi pengisiannya dan tentatif program. Selepas sahaja program ini, saya merasakan seperti ada semangat yang baru, kerana mendapat pelbagai maklumat2 dan ilmu yg bermanfaat daripada ahli2 panel jemputan dan penceramah dalam majlis tersebut. Tambahan pula, kita semua perlu membuat satu anjakan paradigma bagi membolehkan kita mendapatkan kejayaan, dan seterusnya mnjadi orang yg berteraskan ilmu dan bertunjangkan iman..

Sahabat