Sunday, July 31, 2011

Raudhah Ramadhan Bermulanya Karnival Ibadah

Posted by UPP DPMZ On 10:55 PM No comments


Penyempurnaan gimik perasmian
ZAGAZIG, 31 Julai 2011 - Bersempena Ramadhan Al-Mubarak yang menjelang, pihak DPMZ menganjurkan program Raudhah Ramadhan 2011/1432H di sepanjang bulan ini dan telah mengadakan Majlis Perasmian Raudhah Ramadhan 2011/1432H pada petang tadi di Dewan Darul Wehdah.


Majlis dimulakan dengan tazkirah Ambang Ramadhan yang telah disampaikan oleh Saudara Muhammad Alhidayat Khalid, mahasiswa Kuliah Syariah Islamiyah Universiti Tafahna yang juga merupakan Pengarah Bait Muslim DPMZ 2011.

Dalam tazkirah beliau mengajak para hadirin untuk memanfaatkan setiap saat yang berlalu dan merebut segala kelebihan yang telah dijanjikan di sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

Beliau turut mengingatkan supaya kita tidak tergolong di kalangan golongan yang celaka seperti yang telah diaminkan oleh baginda bagi orang-orang yang apabila telah berlalu Ramadhan namun mereka tetap jauh dari pengampunan Allah.

Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengarah Raudhah Ramadhan, Saudara Muhamad Amirul Hafiz Hassan, disusuli dengan kalam Pengerusi DPMZ 2010/2011, Saudara Muhamad Lokman Sulaiman dan diakhiri dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien selaku Naib Presiden 2 PMRAM merangkap Ketua Lajnah Muhafazah.

Intipati daripada kalam perasmian beliau, kita bukan mengejar untuk menjadi golongan Ramadhaniyun yang hanya beribadah di sepanjang Ramadhan sebaliknya menjadi golongan Rabbaniyun yang terus istiqamah dalam beramal.

Beliau turut mengingatkan seluruh mahasiswa agar tidak mengabaikan isu-isu yang berlegar di sekeliling kita dalam kita tekun beribadat.

Seterusnya majlis diteruskan dengan gimik perasmian oleh Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien diiringi pengarah program, Pengerusi DPMZ serta Saudara Ibrahim Ani yang turut hadir sebagai Badan Pengurus (BP) Angkat PMRAM Cawangan Zagazig.

Turut diselitkan pada majlis tersebut, slot pengenalan dan pengumuman bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) DPMZ 2011 yang disampaikan oleh Saudara Muhamad Zul Azri Zainal selaku pengarah.

Majlis berakhir dengan upacara penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada ahli-ahli yang telah memberikan sumbangan sebagai pengarah dan AJK Pelaksana di dalam setiap program DPMZ sepanjang sesi 2010/2011.

Diharapkan seluruh mahasiswa dapat turut serta di dalam setiap pengisian menarik dan bermanfaat yang bakal dihidangkan dalam Raudhah Ramadhan dan semoga kita semua dikurniakan Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.

Ucapan Perasmian oleh Naib Presiden 2 PMRAM

Di antara penerima sijil penghargaan


0 comments:

Sahabat