Friday, November 27, 2009

Tautan Ukhuwwah Mahasiswa Islam DPMZ di Pagi Aidiladha.....

Posted by UPP DPMZ On 7:24 PM No comments


 Lautan umat Islam di Istad Syarqiyya selepas menunaikan Solat Aidiladha

ISTAD SYARQIYYA, JUMAAT, 27 NOVEMBER 2009 : Ketika umat Islam di seluruh dunia meraikan hari Raya Aidiladha, warga mahasiswa Islam di Zagazig pula meraikannya dengan cara tersendiri.Seperti kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini seluruh warga Zagazig memulakan sambutan Aidiladha dengan menunaikan Solat Aidiladha di Istad Syarqiyya.Sekitar beribu-ribu warga Zagazig mula memenuhi padang stadium bermula jam 6 pagi.Tidak ketinggalan juga ahli-ahli DPMZ yang turut hadir bagi menunaikan ibadat Solat Aidiladha, iaitu sebahagian daripada ibadat Sunat Muakkad(sunat yang dituntut) di dalam Islam.

 Ahli-ahli Smart Circle "Ashabul Wadud" bergambar kenangan bersama naqib, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin

       Solat dimulakan pada jam 7 pagi.Namun, kelihatan juga ramai warga Zagazig yang tidak berkesempatan menunaikan solat berjemaah akibat kelewatan tiba ke stadium.Terdapat juga ahli-ahli DPMZ yang juga tidak berpeluang untuk menunaikan ibadat tersebut.Selepas selesai bersolat, para ahli yang terdiri dari kalangan mahasiswa lama serta baru mengambil peluang untuk beramah mesra bagi mengukuhkan lagi tali persaudaraan yang sudah sedia terjalin di sini.Para ahli mengambil peluang untuk mengambil gambar bersama-sama agar dapat dijadikan kenangan abadi.Selain itu, terdapat juga ahli-ahli DPMZ yang mengadakan rumah terbuka separti Ustaz Mumtaz bersama keluarga dan juga warga Qaumiyah.

 Ahli-ahli Kamsis Qaumiyyah bersama-sama mengukuhkan ukhuwwah di pagi Aidiladha

          Semoga ukhuwwah yang dijalin di bumi Zagazig dapat berkekalan sepanjang zaman.DPMZ mengucapkan "Selamat Menyambut Aidiladha" buat seluruh ahli DPMZ.Semoga Allah merahmati ukhuwwah ahli-ahli DPMz yang telah terjalin sejak 17 tahun dahulu.Sesungguhnya, Aidiladha di bumi Mesir merupakan proses tarbiyah yang mendidik jiwa bagi menjadi Muslim sejatiBuat ahli-ahli yang terlepas untuk bersolat  pada kali ini pula peluang masih terbuka untuk anda selagi mana anda masih berada di sini......

AJKT serta ahli DPMZ menziarahi rumah terbuka Ustaz Muhammad Mumtaz Harun serta keluarga

 
 Mahasiswa Perubatan Tahun 1 tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan

 
Barisan Mahasiswa Universiti Al-Azhar yang bakal menjadi hero umat Islam.....

"AIDILADHA PEMANGKIN PENGORBANAN UMAT ISLAM"

0 comments:

Sahabat