Tuesday, November 24, 2009

Jaulah AJKT DPMZ Musim Sejuk 2009 : DPMZ Prihatin Kebajikan Mahasiswa

Posted by UPP DPMZ On 12:56 PM No comments


 Ziarah ke rumah "Bait Mesra Alam" dan "Bait Syari` Syaitan di Kamsis Qaumiah

ZAGAZIG, 11-15 NOVEMBER 2009 : DPMZ telah mengadakan aktiviti ziarah ke rumah-rumah ahli DPMZ yang terdapat di seluruh Zagazig di bawah kelolaan Jabatan Pengerusi DPMZ.AJKT DPMZ telah menzirahi sekitar 90 buah rumah ahli di 5 buah KAMSIS iaitu Mauqif Mansurah, Mauqif Tanta, Qaumiyah, Salam dan Kafr Zend.Jaulah ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah di antara AJKT DPMZ dan para ahli, mengetahui permasalahan para ahli dan mempromosikan program DPMZ yang terkini.Jaulah ini telah diketuai oleh Timbalan Pengerusi DPMZ, Ustaz Solihuddin Mohd Jahar.



        Ziarah ke rumah yang menempatkan markaz lama DPMZ, Kamsis Qaumiah


  Antara bahan yang telah diberikan kepada ahli ialah Buku Khas Jaulah AJKT DPMZ daripada Jabatan Pengerusi, iklan "Boikot Barangan Yahudi" dan iklan jualan Voip daripada Unit Ekonomi, Al-Risalah daripada Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan, pamphlet dan risalah berbahasa Arab Kelab Bahasa Arab daripada Unit Pengetahuan Dan Pendidikan, Al-Bayan daripada Unit Penerangan Dan Penerbitan, iklan "Pertandingan Bait Mithali" daripada Unit Perumahan dan pamphlet penerangan aktiviti tahunan daripada Unit Sambutan Dan Rehlah.DPMZ juga menyediakan tanda nama bagi setiap rumah.




       Pengerusi DPMZ sedang menyempurnakan 'Majlis Menampal Tanda Nama Rumah Ahli DPMZ"

    Seluruh ahli DPMZ telah memberikan komitmen yang menyeluruh kepada aktiviti ziarah AJKT DPMZ.Para ahli telah menyampaikan masalah-masalah yang berkaitan perumahan, keselamatan, pendidikan, aktiviti riadah, imigeresen dan banyak lagi.DPMZ mengucapkan jutaan terima kasih kerana sambutan yang telah diberikan oleh seluruh ahli DPMZ.DPMZ akan meneliti setiap permasalahan ahli yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian kepada segala kekusutan yang berlaku demi memberikan kebajikan kepada para ahli yang telah dilaksanakan oleh generasi-generasi DPMZ terdahulu sejak tahun 1993.AJKT DPMZ juga mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh ahli DPMZ.

Ziarah ke Rumah Surat, Kafr Zend mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli DPMZ

Ahli DPMZ menzahirkan tanda sokongan kepada DPMZ dengan menyediakan kek bertemakan"Bersamamu DPMZ" di Bait Syifa`, kafr Zend

0 comments:

Sahabat