Monday, December 10, 2012

Pelancaran Unit Biah Solehah kali-2

Posted by UPP DPMZ On 9:12 AM No comments




 Zagazig, Sabtu  17 November 2012 – Bersempena tahun baru Maal Hijrah 1434 telah dilancarkan secara rasmi Unit Biah Solehah kali ke-2 bertempat di Dewan Darul Wehdah, Zagazig. Ia merupakan satu unit khas dibawa Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPMZ sesi 2012/2013. Unit Biah Solehah ini ditubuhkan bagi menjayakan usul pertama  MAT DPMZ kali ke-18 iaitu “Membudayakan fikrah amal Islami dalam mendidik ahli DPMZ untuk membudayakan biah solehah yang mengikut syari’at di bumi Zagazig”


Bertepatan usul pertama MAT DPMZ yang lepas “Bersama membina komuniti dengan tindakan : Pemerkasaan hubungan seluruh mahasiswa/wi di bumi Zagazig dan meningkatkan penghayatan amal islami”, unit ini sebagai unit penggerak utama di dalam pemerkasaan suasana komuniti harmoni khasnya Mahasiswa/wi Malaysia di bumi Zagazig dengan cara hidup syariat Islam.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan penerangan ringkas tentang pembawakan Unit Biah Solehah oleh Timbalan Ketua Unit, saudari Nor Amirah binti Mohd Muhayidin. Antara pembawakannya ialah solat berjemaah, memanfaatkan media elektronik, tautan ukhuwah, pembentukan fikrah dan syakhsiah serta cakna sejarah umat islam dan isu semasa. Tayangan video khas mengenai pembawakan juga turut ditontonkan. 

Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ), saudara Anas Zharif bin Harun. Justeru setelah dilancarkan gimik perasmian,maka berakhirlah Pelancaran Unit Biah Solehah kali-2 untuk sesi ini.

Pihak ajk pelaksana Unit Biah Solehah berharap objektif penubuhan unit ini dapat membantu Mahasiswa/wi Malaysia yang berada di sini dapat berubah dari satu tingkat yang baik dan lebih baik dan ia merupakan titik mulanya perubahan bagi seseorang individu muslim di awal Muharam 1434 Hijrah ini.

Disediakan 


Unit Pengisian Biah Solehah 2012

0 comments:

Sahabat