Sunday, February 9, 2014

DPMZ Bersama dalam Kebajikan Ahli

Posted by UPP DPMZ On 11:46 PM No comments


Zagazig , 7 Februari 2014 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2013/2014 , melalui Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan kepada saudara Syahiran Bin Nordin serta pasangannya Zukhruful Aina Binti Jamnul Azhar yang memperoleh cahaya mata yang kedua. Sumbangan tersebut telah disampaikan melalui wakil tertinggi DPMZ, saudara Muhamad Nasuha Bin Mohd Zakariah selaku Pengerusi DPMZ sesi kali ini. Turut hadir , seluruh ajkt dan penasihat II.


Semoga sumbangan ini, dapat meringankan sedikit beban serta dapat membantu menjalani kehidupan seharian. DPMZ mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang memberi sumbangan dan sentiasa membantu sahabat-sahabat yang memerlukan diperingkat komuniti Zagazig. PMRAM sentiasa mengutamakan kebajikan ahli dan sentiasa sedaya upaya membantu mengikut kemampuan di setiap peringkat.

"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"


0 comments:

Sahabat