Posted by UPP DPMZ
On 12:00 AM
ZAGAZIG, 21 September 2014- PMRAM Cawangan Zagazig telah menganjurkan Madrasah Imam Syafie dibawah Unit Pengetahuan Dan Pendidikan DPMZ sesi 14/15. Pembukaan MIS ini, setelah tamat tempoh tawaquh sempena Imtihan yang lalu. Program bermula pada jam 5.30 Petang bertempat di Zagazig Malaysian Students Hall. Tajuk pada hari berkenaan adalah "Kisah Para Sahabat". Pengisi pada kali ini adalah AF Ust Muhammad Akramin B. Mohd Ishak iaitu Graduan Usuluddin Jabatan Dakwah Universiti Al Azhar Zagazig.
Pengisi menyentuh berkenaan dengan pengorbanan sahabat pada permulaan Islam yang disebut pada Surah Taubah ayat 100, yang berlaku pada penghijrahan di antara kaum muhajirin dan ansar. Pengisi juga turut menyebut nama sahabat yang paling utama dikalangan sahabat iaitu Saidina Abu Bakar As- Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab. Pengisi turut menyatakan agar hadirin mencontohi sahabat kerana sahabat juga pernah melakukan kesilapan serta mampu bertaubat dan kembali bersama dengan perjuangan Rasulullah SAW.
Selain itu , Pengisi turut mengenalkan sahabat dikalangan para wanita yang menjadi contoh tauladan di dalam perjuangan Islam, seperti Sumayyah wanita pertama syahid. Anak kepada Saidina Umar iaitu Saiditina Hafsah turut diceritakan kisah kehidupannya agar hadirin-hadirat dapat mengenali peribadinya yang terpuji. Kisah yang paling memberi kesan adalah sahabat yang bernama Talhah B Ubaidillah yang mana disebut 10 orang yang dijanjikan syurga dan kehidupanya yang sangat panjang dari sezaman dengan Nabi SAW hingga Khulafa' Rasyidin. Beliau sangat pemurah dengan kekayaanya dan Sabda Rasulullah berkenaan beliau,
"Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah"
Program tamat sekitar jam 7 dan kedatangan warga Malaysia memberangsangkan. Semoga kita mendapat manfaat dari kelas pengajian ini dan menyampaikan pada yang lain.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
Posted by UPP DPMZ
On 11:49 PM
ZAGAZIG, 7 September 2014- Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah menganjurkan satu program kemuncak, Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah Anjuran Setiausaha Agung DPMZ sesi 2013/2014. Bermula sekitar 8.00 pagi dengan kehadiran para tetamu di Zagazig Malaysian Student’s Hall. Agenda pertama bermula dengan Majlis Perasmian MAT 21 yang dirasmikan oleh Ust Amri Bin Ouma, Bendahari Kehormat PMRAM 2014.
Acara kemuncak bermula sekitar jam 11.00 pagi iaitu Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ Kali Ke-21. Sambutan dikalangan ahli amat baik dari segi cadangan, pendapat dan Muhasabah bagi membaiki segala bentuk kelemahan. Perbentangan laporan aktiviti tahunan setiap unit DPMZ turut berjalan dengan lancar dan mencapai hadaf iaitu mendengar segala bentuk muhasabah dan cadangan daripada ahli agar DPMZ terus berpasak di Bumi Kuda Putih dengan lebih baik.
Selepas itu, majlis berhenti rehat dan solat sekitar setengah jam. Program kembali diteruskan dengan laporan kewangan DPMZ sesi 2013/2014 oleh Bendahari DPMZ sesi 2013/2014. Perjalanan perbentangan sekitar 45 minit dan segala persoalan telah di jawab dan diberikan penerangan. Setelah itu Pengerusi membuka kepada ahli bagi sebarang cadangan dan muhasabah. Segala cadangan dan muhasabah berjalan dengan jayanya dan harapan ahli agar DPMZ terus berada di bumi Zagazig dan bergerak dengan baik mengikut kemampuan dan keperluan.
Seterusnya agenda Ucapan penangguhan oleh Pengerusi DPMZ 13/14 dan juga pembubaran AJK Tertinggi DPMZ sesi 2013/2014. Perlantikan juruaudit turut berjalan dengan baik. Agenda yang ditunggu telah tiba iaitu pengisytiharaan Barisan AJK Tertinggi DPMZ sesi 2014/2015. Bilangan Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi 2014/2015 seramai 3 orang seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya DPMZ 2014. Ucapan Muqaddimah Pengerusi DPMZ sesi 2014/2105 dijalankan dan penyampaian anugerah buat ahli DPMZ turut dijayakan.
Program tamat sekitar jam 5.30 petang. Semoga DPMZ terus komited di dalam kebajikan ahli khususnya bumi Zagazig dan kerjasama pimpinan dan ahli akan terus berjalan dengan baik serta tercapai objektif utama iaitu membawa Dakwah Islam.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
Posted by UPP DPMZ
On 12:38 AM
AHLI JAWATANKUASA
DEWAN PERWAKILAN MAHASISWA ZAGAZIG
2014/2015
Semua Calon Menang Tanpa Bertanding
"Bersih Cekap Telus"
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
Posted by UPP DPMZ
On 12:58 PM
ZAGAZIG, 26 Ogos 2014 - PMRAM Cawangan Zagazig telah menganjurkan satu Program Kebajikan Ilmiah buat warga Zagazig iaitu 'Ijtima Thaqafi' di bawah anjuran Unit Pengetahuan Dan Pendidikan DPMZ sesi 2013/2014. Pendiskusi dijemput khas dari Kaherah AF Ust Mohamad Naqib Moh Bakhudin, Kuliah Syariah Tahun 4 dan juga penggerak utama dalam FELO Manhal PMRAM 2014.
Kitab ini menceritakan berkenaan pandangan pimpinan utama barat kepada umat Islam dan kesuciannya. Mereka telah merancang secara terperinci tentang kelebihan dan kelemahan Umat Islam. Segala bentuk penyeksaan dilakukan pada umat Islam terdahulu, dan ia terus berlarutan sehinggalah ke hari ini. Musuh Islam turut merancang melemahkan Umat Islam dari pelbagai sudut, dan mengambil kesempatan di atas kelekaan umat Islam.
Kita ini juga menceritakan sebab-sebab mereka memerangi Islam dari dahulu sehingga kini. Antara sebabnya adalah Agama Islam adalah satu-satunya yang berani menghalangi segala agenda mereka untuk menyebarkan agama mereka mahupun segala bentuk ideologi yang mereka letakkan. Mereka juga takut akan kesatuan Islam yang mampu menggoyahkan pergerakan mereka. Penulis kita sentiasa mengingatkan kepada kita betapa pentingnya kesedaran untuk mengetahui segala bentuk perancangan musuh.
Kehadiran warga Zagazig amat menggalakkan, dan program bermula sekitar jam 5.30 petang di Zagazig Malaysian Students Hall. Semoga kita mengambil manfaat bersama di dalam mengetahui perancangan musuh yang sentiasa berlegar di sekitar kita.
Diharapkan kesatuan Umat Islam akan berjalan dan menewaskan musuh Islam dikalangan Kuffar dan Munafik.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
Posted by UPP DPMZ
On 6:11 PM
ZAGAZIG, 17 JUN 2014 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig sesi 2013/2014 dibawah anjuran Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan sekali lagi mengadakan Diskusi Kitab berkenaan Penawar Bagi Hati Siri IV bagi warga Malaysia khususnya yang berada di bumi Zagazig. Ia adalah kesinambungan Diskusi sebelum ini yang mana Pendiskusi asal AF Ust Jamiluddin Murad Al-Yamani tidak dapat hadir dan digantikan oleh AF Ust Muhammad Firdaus Shaharudin iaitu Mantan Pengerusi Tanta 2012/2013.
Program berjalan sekitar jam 5.30 petang dan bertempat di Masjid Salam. Pengisian kali ini menyentuh berkenaan bahayanya sifat marah, dengki dan kedekut. Ia turut menyentuh cara untuk menghindari tiga sifat berkenaan dan turut memberi penekanan bahawa semua sifat berkenaan adalah perkara mendatangkan dosa, sia-sia dan membinasakan diri jika tidak diletakkan pada tempat yang betul.
Sesi soal jawab turut dibuka kepada warga Malaysia yang hadir agar kefahaman berkenaan masalah hati terjawab dengan sempurna. Kehadiran ikhwah dan akhawat memuaskan serta mendapat perhatian yang baik. Ini menunjukkan bahawa komuniti Zagazig mula sedar bahayanya pada hati jika wujud sifat-sifat mazmumah di dalam diri.
Program tamat sekitar jam 7.30 petang waktu tempatan. Semoga manfaat majlis ilmu sebegini akan memberi kesan yang baik dan melahirkan hati-hati yang bersih dari segala kekotoran serta mewujudkan biah solehah yang berkesan.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"
Posted by UPP DPMZ
On 1:51 PM
ZAGAZIG, 26 MEI 2014 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah menganjurkan program sempena Hari Kebesaran Islam iaitu Peristiwa Isra' Dan Mikraj yang berlangsung di Masjid Salam di Zagazig. Program ini dianjurkan dibawah Unit Dakwah Dan Pembangunan Insan sesi 2013/2014 di dalam bentuk ceramah umum. Ceramah berkenaan disampaikan oleh Bendahari Kehormat Badan Pengurus Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2014 Saudara AF Ustaz Muhamad Amri Bin Ouma.
Ceramah tersebut menyentuh kaitan peristiwa Isra' Dan Mikraj dengan realiti kehidupan sebagai pelajar dan juga pendakwah. Kita seharusnya berjiwa besar dalam membawa Islam dan mengutamakan ilmu agama serta memahamkan masyarakat terutama keluarga. Kesedaran perlu timbul dan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh tauladan di dalam kehidupan seharian serta cara berdakwah yang berkesan.
Kehadiran warga Malaysia pada program berkenaan amat memuaskan tidak kiralah ikhwah mahupun akhawat. Ini membuktikan bahawa kesedaran kita di dalam menghayati sejarah Nabi S.A.W mulai segar di komuniti Zagazig. Semoga kita thabat di dalam menuntut ilmu dan menyampaikan pada sahabat-sahabat yang tidak bersempatan pada hari program.
Program tamat sekitar jam 7.00 petang. Semoga manfaat yang diperolehi hari ini akan terus menerangi kegelapan yang selama ini membuatkan kita keliru dengan kebenaran yang palsu mahupun benar. Wallaua'lam.
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"