Firman Allah SWT :
Maksudnya
: “Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya
orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam
dalam keadaan hina dina”
Apabila tiba
musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berebar - debar,
bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam benak fikiran
kita. Mungkin ianya akan terngiang - ngiang dalam fikiran kita”kenapa aku tak
najah - najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang malam aku belajar tapi
hasilnya aku tak najah-najah jugak.”
Pernahkah
kita apabila melihat soalan, kita tidak dapat menjawabnya?
Itu merupakan masalah - masalah yang dialami oleh kita semua. Sememangnya kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan.
1)Kurang harapan kita pada Allah.
Memang
benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga tidak tidur.
Tetapi kita lupa pada yang memberikan kejayaan dalam peperiksaan kita iaitu
Allah taala. Apabila berjaya kita menganggap ianya adalah hasil usaha sendiri
dan tidak mendapat prtolongan sesiapapun.
Berkata
al imam Ibnu Ataillah r.a : “Di antara tanda-tanda orang yang bersandar (
bergantung ) pada amal sendiri adalah kurang harapan kepada Allah apabila
berlaku padanya kesalahan”. Kita perlu ingat dan faham apabila berlaku sesuatu
perkara yang baik, itu adalah ujian dan nikmat daripada Allah dan apabila
berlaku sesuatu perkara yang buruk maka
itu juga adalah ujian dan nikmat daripada Allah.
2)Kurang hubungan dengan Allah.
Firman Allah SWT:
Maksudnya
: “Maka ingatlah Aku (dengan berzikir kepada Ku) nescaya Aku akan mengingati
kamu”
(Al -
Baqarah: 152)
Apabila
tiba musim peperiksaan, kita memang akan mengulangkaji bersungguh sungguh. Itu
adalah perbuatan yang baik tetapi berlaku satu kekurangan pada hubungan dengan
seperti solat kita, doa kita, munajat kita atau ikhtiar kita dari sudut
spiritual. Apabila masuk waktu solat, kita melengah-lengahkan solat sehingga
kadang-kadang ‘terbabas’ untuk menunaikan
solat. Bila berlaku keadaan seperti itu,agak sukar untuk Allah memberikan
kejayaan kepada kita.
3)Sikap mementingkan diri sendiri.
Ini
adalah sikap yang perlu kita hindari kerana ini adalah sikap yang negatif lebih
- lebih lagi kita sebagai mahasiswa.
Firman Allah SWT :
Maksudnya
: “Dan hendaklah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara kebaikan dan
ketaqwaan dan janganlah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara
kejahatan dan permusuhan”.
Apabila
sahabat kita memerlukan pertolongan, janganlah kita memberatkan tulang kita
untuk memberi pertolongan kepada sahabat kita kerana itulah peranan sahabat.
Saling
bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan ukhuwwah yang
akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila kita memberi
pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun hanya sedikit
pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan sahaja pahala yang Allah
ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat kepada kita iaitu kejayaan dalam
peperiksaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
Jadi
janganlah kita amalkan sikap negatif ini supaya kita mendapat kejayaan dalam
peperiksaan dengan keberkatan daripada Allah. Perbanyakkanlah doa kepada Allah
kerana Allah sangat cinta kepada sesiapa yang meminta minta kepadaNya.
“Carilah
ketenangan dapatkan bahagia.Cintakan Allah setiap masa.Bila zikrullah itu
dihayati,maka barulah 'bahagia' itu kita akan temui”.
2 comments:
syukron post ni sgt menyentuh dan terkesan. T_T
+ kuat sgt bpolitik sehingga mgabaikan pelajaran..
(pringatan buat diri sy sndiri)
Post a Comment