KAHERAH, 11 Januari – Proses
pengkaderan pimpinan merupakan tunjang utama ke arah memastikan
sesuatu organisasi atau pertubuhan dapat bergerak dan diteruskan selari
dengan visi dan misi serta berlandaskan dasar yang telah ditetapkan.
“ Program
pembinaan jati diri pimpinan ini amat perlu supaya setiap permasalahan yang
ditanggung di peringkat pusat tidak hanya berlegar sekitar mereka sahaja bahkan
permasalahan itu dapat diselesaikan secara kolektif dengan kerjasama yang
dimainkan oleh pimpinan di peringkat cawangan BKAN dan DPM. Pepatah ada
menyebut “ Berat sama dipikul ringan sama dijinjing" ujar Saudara
Abdul Aziz bin Ali merangkap Pengarah Satu Hati ’12.
Satu Hati
’12 yang akan menghimpunkan seluruh pimpinan PMRAM di peringkat pusat dan cawangan
BKAN dan DPM yang berjumlah hampir 300 orang ini akan memfokuskan beberapa
perkara yang menjadi pengisian penting antaranya slot Sejarah Kita, karekter
seorang pimpinan dan beberapa modul yang diaturkan khusus untuk mengeratkan
ukhuwah antara pimpinan serta memupuk
semangat sebagai kepimpinan PMRAM di setiap
cawangan .
Program
sulung PMRAM untuk tahun 2012 ini dijadualkan berlangsung pada pertengahan
Februari nanti iaitu sejurus selepas tamatnya waktu tawakkuf program di
peringkat PMRAM.
Bertemakan
“ Teguh Wadah Atasi Mehnah “ Satu Hati ’12 diharapkan dapat melahirkan pimpinan
yang mampu untuk bersama-sama dengan PMRAM dalam apa jua keadaan senang mahupun
susah sekaligus menjayakan subtopik Ucapan Dasar Presiden PMRAM iaitu ‘Satu
Fikrah Satu Amal’ ujar Saudara Abdul Aziz Ali lagi.
Justeru,
PMRAM mengharapkan agar seluruh pimpinan cawangan BKAN dan DPM dapat memberikan
kerjasama yang terbaik dalam program Satu Hati ’12 yang bakal berlangsung ini.
Oleh yang
demikian, sebagai persiapan ke arah kesempurnaan dan kelancaran program
tersebut seluruh pimpinan diminta supaya mengkaji dan meneliti semula sejarah
agung PMRAM bermula daripada tahun penubuhannya iaitu 1930 sehingga ke hari ini
supaya matlamat penganjuran program ini dapat direalisasikan secara
bersama.
0 comments:
Post a Comment